Seo Services

Selamat Hari Isnin

Isnin, September 30, 2019
Assalamualaikum

Setiap tindakan kita pasti akan ada kesannnya. Cepat atau lambat je. Berfikir dengan waraa, elakkan sikap terburu-buru dan sentiasa positif dalam kehidupan

Semoga kita semua sentiasa beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan dinakhirat. Selamat hari Isnin! 😘





0135819100 Cikgu Basariah
Selamat Hari Isnin Selamat Hari Isnin Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 30, 2019 Rating: 5

Minyak Asmak Pilihan Hati

Ahad, September 29, 2019
KENAPA MINYAK HERBA ASMAK UNIK??

Jemput baca ni dulu k..😉

1- Bahan-bahan yang digunakan dalam Minyak Herba Asmak adalah premium dan berkualiti

2- Proses membuatnya pun rumit dan mengambil masa yang lama dan perlu dipantau rapi

3- Tekstur dan baunya memang tidak sama dengan mana-mana minyak di pasaran

4- Keberkesanannya lebih cepat

5- Mempunyai ratusan ribu testimoni dan feedback

6- Satu-satunya produk dalam bentuk minyak yang paling dikenali di Malaysia dan viral

7- Minyak Herba Asmak membuatkan ramai ibu bapa tidur lena setiap malam.

8- Lebih ramai yang sihat dan cergas dan kebahagiaan hidup bertambah dengan Minyak Herba Asmak

9- Ia memberikan anak, pasangan, dan ibu bapa anda senyuman.

Mahalkah Minyak Herba Asmak demi hidup yang lebih bermakna? ❤

*#MinyakHerbaAsmak* menjadi pilihan ibu-ibu yang mahukan hanya yang terbaik buat anak mereka,pilihan anak untuk ibubapa mereka dan pilihan buat insan yang tersayang.❤




Hubungi Agen yang sah dibawah ini:

0135819100 Cikgu Basariah
Minyak Asmak Pilihan Hati Minyak Asmak Pilihan Hati Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 29, 2019 Rating: 5

Salam Sabtuday

Sabtu, September 28, 2019

Nak cari produk Asmak roger cikgu ye
0135819100 Cikgu Basariah
Salam Sabtuday Salam Sabtuday Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 28, 2019 Rating: 5

Salam Jumaat

Jumaat, September 27, 2019
Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni cikgu diberi peluang oleh Allah untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak murid cikgu.

Kami buat sambutan hari lahir pelajar untuk bulan September. Cikgu tempah mee goreng dan kek birthday. Syukur malam tadi ada ibu pelajar yang pm bagitau dia nak masak laksa dan sup cendawan. Tup-tup hari ni ada lagi yang bawa nasi lemak dan kuih-kuih lagi. Meriah la makanan budak-budak ni. Alhamdulillah.

Dah tak lama dah pon cikgu dengan depa ni. Kurang 2 bulan je lagi. Semoga dapatla depa semua ni jawab peksa dengan baik.

Hari Khamis baru ni pon sekolah buat majlis penyerahan slip, solat hajat dan bacaan Yasin. Kehadiran mak ayah pon ramai. Masing-masing tunjuk sokongan untuk anak nak periksa. Semoga anak-anak ni akan dipermudahkan urusan mereka. Aamiiin.









0135819100 Cikgu Basariah
Salam Jumaat Salam Jumaat Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 27, 2019 Rating: 5

Pantasnya masa berlalu pergi

Khamis, September 26, 2019
Assalamualaikum

Suatu hari nanti kita akan rindu dengan tapak kaki kecil anak kita ini.

Bila dah jadi ibu. Hati kita jadi sayu.
Tu tak campur lagi bila pergi kerja, tinggal anak & jadi terlalu rindu. ALLAH...

Antara moment yg best antara ibu & anak adlh mengurut & diurut.
Best ja sentuh tapak kaki, tangan, paha anak kita yang gebu tu masa urut dia.Indah moment tu.

Bila kita meanyi atau berzikir dia tengok kita...
Dia senyum & tunggu kita tengok dia.

Bila sembang2 dgn anak bertuah kita ni.
Allah, respon senyum2 manja dia pada kita tu buat ibu yg dalam mood tak stabil ni pun boleh terhibur.

Cukup hebat anugerah dari ALLAH buat kita..

10 20 30 tahun lagi mesti moment ni dah tak sama.
Mungkin anak kita pulak yang urut kita menggunakan #MinyakHerbaAsmak yg sama..
Masa tu kita akan sedar betapa kita bersyukur dengan belaian manja yg kita bg pada anak kita masa urutnya dulu

Dunia ini berputar & masa itu berjalan..
Mungkin 1 hari nanti bila sampai masa kita menutup mata.
anak kita tak tinggal kita tapi ada sentiasa.
kerana pada masa kecilnya kita urut dia sentiasa..kita belai dia tak kira masaa
Dia ingat kita.

YA ALLAH... jadikanlah aku sebaik2 ibu...
& jadikanlah anakku sebaik2 saham akhirat buatku untuk ke syurgaMu Ya ALLAH.. aamiin...

Aura Minyak Herba Asmak memang lain macam.


Kredit : 9bulan 10hari

0135819100 Cikgu Basariah
Pantasnya masa berlalu pergi Pantasnya masa berlalu pergi Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 26, 2019 Rating: 5

Bedak Callovera

Rabu, September 25, 2019
BEDAK ASMAK CALLOVERA


➡️ Formulasi baharu dengan campuran calamine dan ekstrak aloe vera
➡️ Kaya dengan mineral
➡️ Tanpa campuran bahan kimia berbahaya
➡️ Halal, bersih dan suci.
➡️ Bahan aktif yang terdapat di dalam Bedak Asmak Callovera : White clay, calamine powder, ekstrak aloe vera

FUNGSI :

✅Untuk melegakan kegatalan dan kerengsaan kulit seperti ruam, eczema, cacar air, jerawat, kurap, gigitan serangga, sunburn dan lain-lain.

✅Sesuai dijadikan masker dan bedak sejuk

KELEBIHAN BAHAN AKTIF :

#White_clay (tanah liat putih)
✔ membantu mengurangkan keradangan, ruam dan kemerahan pada kulit, menyerap minyak yang berlebihan pada kulit wajah, membantu mengatasi masalah kulit berjerawat.

#Calamine_Powder
✔️melegakan kegatalan pada kulit seperti akibat daripada ruam, kesan gigitan serngga dan lain-lain.

#Aloe_Vera_Extract
✔ Melembapkan, menyegarkan dan melegakan kulit, membantu memulihkan keadaan kulit yang kering.



0135819100 Cikgu Basariah


Bedak Callovera Bedak Callovera Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 25, 2019 Rating: 5

Rambut dah kurang gugur

Selasa, September 24, 2019
Assalamualaikum

"Aku pakai ni dah 2-3 minggu gak..Rambut kurang gugur and kelemumur dah x de langsung. Wangi mmg superb. Dah terperap dalam anak tudung pun wangi weih." - Puan Saizatul, Bangi





Asmak ni didatangkan dengan #ShampooBungaRayaPlus ni bukan untuk wangi semata-mata. Tapi of coz nak bantu chuolllss rawat masalah rambut tu dengan cara 💯 semulajadi tanpa sebarang bahan kimia berbahaya.

Lagi umpphh kesannya bila digandingkan dengan #SevenisHairOil dan #HairMosturizerWithSerum. Kalau ada set #HairCare mampu milik dan boleh rawat rambut kita hanya di rumah kenapa tanak cuba? Bila lagi nak #BMF kan?

#APA_KATA_PENGGUNA


#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakTelukIntan #testimonial #feedback #rambutgugur #rambutkelemumur

Berminat nak cuba? Mai kontek cikgu ya
0135819100 Cikgu Basariah
Rambut dah kurang gugur Rambut dah kurang gugur Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 24, 2019 Rating: 5

Jom Kenali Usahawan Muslim Malaysia 😁

Isnin, September 23, 2019




Ha, yang ni lah founder Asmak. Produk yang cikgu jual. Puan Norfazilah ni mentor dan sifu bisnes cikgu ❤️

Selain Asmak, ini juga produk yang diasaskan oleh Puan Norfazilah dan suami belian, Encik Selodi

Berminat sertai keluarga besar Asmak?
Hubungi cikgu ye 😘 0135819100 Cikgu Basariah
Jom Kenali Usahawan Muslim Malaysia 😁 Jom Kenali Usahawan Muslim Malaysia 😁 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 23, 2019 Rating: 5

Kenapa ada ibu tak sanggup menyusu bayi sehingga 2 tahun?

Ahad, September 22, 2019
Assalamualaikum

Selain masalah payudara bengkak, tak cukup susu, susu keluar sedikit, bayi tak mahu menyusu, satu lagi perkara yang buat ibu trauma nak menyusukan bayi adalah masalah puting melecet. Rasanya terlalu menyakitkan sehingga ada ibu yang decide dah taknak menyusu baby lagi!

Sebab utama puting jadi melecet adalah semasa ibu nak bagi bayi menyusu, ibu letak bayi dalam posisi yang salah.

Teknik penyusuan yang tak betul pun boleh jadi punca puting melecet.

Ada juga sesetengah ibu mengalami Ekzema puting dimana puting menjadi merah kehitaman, meleleh, gatal, dan bengkak.

Bila puting melecet, kalau boleh jangan hentikan penyusuan. Teruskan penyusuan macam biasa menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payudara.

Tidak perlu sapu losyen atau sebarang minyak pada puting yang melecet.

Boleh titis dan sapu sedikit susu badan pada puting yang luka.

Jika keadaan berterusan atau semakin teruk, dapatkan rawatan doktor segera.
.
.
.

Cara nak cegah puting melecet?

1. Posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara MESTI betul. Posisi yang betul adalah :

▫️Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
▫️Kepala dan badan bayi lurus.
▫️Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
▫️Ibu boleh memegang bayi dengan berbagai cara asalkan selesa.

Tanda – tanda pelekapan yang salah :

▫️Puting leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
▫️Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
▫️Payu dara membengkak.
▫️Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.

2. Jangan menggunakan bra yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan pengeluaran peluh dan kurang aliran udara.

3. Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana ia tidak meresap peluh.

4. Jangan bersihkan payudara guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit. Hanya guna air sahaja sudah memadai.


Kredit Pic : The Asian Parent

#MisiLara

Ibu ada masalah kurang susu? Ayuh berikhtiar dengan madu kurma merah dari Asmak. In shaa Allah membantu
0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa ada ibu tak sanggup menyusu bayi sehingga 2 tahun? Kenapa ada ibu tak sanggup menyusu bayi sehingga 2 tahun? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 22, 2019 Rating: 5

Kisah inspirasi

Sabtu, September 21, 2019
Assalamualaikum

RAMLY BIN MOKNI 

Inilah wajah pengasas Kumpulan Ramly yang sangat terkenal dengan daging burgernya yang sedap dan lembut

Saya pernah membuat pinjaman RM70,000 pada 1987 tetapi ditolak oleh institusi kewangan dengan alasan orang Melayu tidak makan burger.

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan  produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal  bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly  Burger.

Pernah satu ketika, Ramly  Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan  peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak  mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly  Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.

Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh  Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap  dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang  halal, bersih dan bermutu.
Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari  Tanjung Piandang, Perak. Beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik  beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga  dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang  pekerjaan.

Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi  iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar  dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan  masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.

Ramly  Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara  Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat  Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi  apabila berkaitan dengan burger.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita  kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi,  Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat  sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan  isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka  suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa  bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka  disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dikatakan pada  mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara  Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat  kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap  terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow  Kit.

Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari  semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian  mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.

Pada  tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian,  mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan  menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.

Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak  membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan  pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan  tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging  yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan  pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi  sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging,  daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Kredit: Penulis asal

Cikgu terima dari whatapps group 😄

Semoga memberi semangat untuk berbisnes 😘



0135819100 Cikgu Basariah
Kisah inspirasi Kisah inspirasi Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 21, 2019 Rating: 5

Salam Jumaat

Jumaat, September 20, 2019


0135819100 Cikgu Basariah
Salam Jumaat Salam Jumaat Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 20, 2019 Rating: 5

Jerebu, bahana buat penghidap resdung

Khamis, September 19, 2019
Assalamualaikum

Apa khabar hari ni?

Alhamdulillah jerebu kat tempat cikgu dah berkurang. Pelajar pon dah kembali ke sekolah macam biasa.

Hangpa tau dak?

8 dari 10 orang ada resdung. Dan sebahagian mereka tak sedar.

Fakta lain, ada orang ingat dia selesema sepanjang tahun.

Simptom dan gejala setiap orang tak sama.

Tapi solusi untuk resdung adalah sama.

Anda  penghidap resdung?

Cikgu tak malu nak mengaku yang cikgu memang penghidap resdung dari kecik. Kalau cikgu silap makan je, cikgu mulalah bersinla, selesemalah. Paling tak tahan bila gatai. Habislah merenyam satu badan.

La ni, syukur sangat ada Asmak Herbs keluaran Mhamsb ni. Silap makan je, terus telan dua bijik. Dengan izin Allah, selesai masalah.

Ni musim jerebu ni, badan dan muka mulalah gatal. Alahan asap jerebulah tu. Maka, marilah telan Asmak Herbs dan banyakkan minum air masak.

Semoga kita semua kekal cergas dan sihat walau dalam keadaan jerebu melanda 😊

Telan dua biji sahaja kapsul Asmak Herbs ni apabila simptom resdung datang. Dah sembuh tu, makan bila perlu saja. Mudah kan? 😘


0135819100 Cikgu Basariah
Jerebu, bahana buat penghidap resdung Jerebu, bahana buat penghidap resdung Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 19, 2019 Rating: 5

Salam Rabu 😘

Rabu, September 18, 2019
Assalamualaikum

Hari ni budak sekolah cikgu dicutikan sempena bencana jerebu ni. Cikgu dan rakan-rakan lain tetap datang ke skolah untuk bekerja.

Pagi ni kami ada program kat surau.





Kata-kata kita juga  mencerminkan akhlak kita. Kalau asyik berkata buruk tu, hangpa rasa camna? 😁

Jom doakan sahabat muslim kita di Indonesia. Dengarnya jerebu makin teruk kat sana sehingga mencecah Ipu 1000. Bagaimanalah mereka kat sana ya?

Pagi tadi, cikgu sempatla telan sesudu Jus Asmak Gold sebelum datang sekolah. Anak-anak pon sama cikgu suap sesudu Jus Asmak Gold. Semoga kekal sihat di musim jerebu ini semuanya. Aamiiin.

0135819100 Cikgu Basariah
Salam Rabu 😘 Salam Rabu 😘 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 18, 2019 Rating: 5

Mahu mengalah?

Selasa, September 17, 2019
Assalamualaikum

Hai hangpa 😘

Kat tempat cikgu ni jerebu makin teruk. Mai petang dah cecah IPU 200 akibatnya sesi petang, pelajar diminta pulang je ke rumah.

Disebabkan cikgu dah set nak buat bengkel dengan penceramah iaitu seorang Ketua Penanda Kertas Sains SPM, makanya sesi bengkel diteruskan.

Budak pon ramai dah balik tapi syukur ada yang masih setia menanti demi ilmu yang akan membantu depa menghadapi peperiksaan nanti.

Kami habis bengkel pon dekat jam 6 petang. Sampai rumah dekat jam 6.30 sebab sempat lagi singgah COD Asmak Baby Powder dekat seorang pelanggan. Anak dia dah banyak hari kena ruam lampin yangvteruk katanya. Kesian. Semoga cepat beroleh kesembuhan.

Penat? Memanglah penat. Tapi, cikgu rasa gembira bila melakukan perkara yang memberi manfaat kepada orang lain. Semoga segala kerjabuat cikgu Allah terima.

Apa kisah hangpa hari ni? Maila kongsi kat komen 😄






Akhir kata dari cikgu, hangpa renungkan poster kat bawah ni 👇



0135819100 Cikgu Basariah
Mahu mengalah? Mahu mengalah? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 17, 2019 Rating: 5

Rambut gugur selepas bersalin? Cuba ni!

Isnin, September 16, 2019
SHAMPOO BUNGA RAYA PLUS🌺🌿🌾

Kelebihan Syampoo Bunga Raya Plus:-

⭐Menyegarkan kulit kepala
⭐Menghilangkan kelumumur
⭐Menghalang kegatalan kulit kepala.
⭐Menghilangkan kudis/jerawat kepala
⭐Menyihatkan rambut
⭐Menghilangkan keguguran rambut
⭐Membantu merawat stress dan kepenatan
⭐Menyuburkan & melembutkan rambut
⭐Menghalang rambut gugur
⭐Membantu Masalah Uban (bkn faktor usia)
:
Produk ini tanpa kandungan sabun, paraben & SLES. Anti oksidan dan anti bakteria. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat
:

Benda yang paling disukai semua ialah bau nya yang cukup WANGI. Feel fresh lepas bersyampu dengan syampu bunga raya plus



0135819100 Cikgu Basariah
Rambut gugur selepas bersalin? Cuba ni! Rambut gugur selepas bersalin? Cuba ni! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 16, 2019 Rating: 5

Balm bayi dari Asmak?

Ahad, September 15, 2019
Assalamualaikum

Ada yang pernah tanya cikgu.

Cikgu, Asmak ni takde ke keluarkan balm ke apa ke? Ye lah kan, Minyak Asmak ni kan hitam. Nanti kena baju tak cun pulak. Hehehe.

Ooo..takut hitam ye.

Oklah, oklah. Demi memenuhi hasrat hati pelanggan kesayangan, ni ha..cikgu memperkenalkan..jeng jeng jeng...

Balm Bayi - selamat digunakan seawal usia 1 hari jugak sama macam Minyak Herba Asmak


Apa kandungan baby balm ni?

i) Beeswax - sarang madu lebah asli
ii) Lemon ( essential oil) - utk selesema bayi
iii) Eucaplyptus ( essential oil) – batuk
iv) Estrak pudina - menenangkan tubuh bayi

Ha, kalau nak dapatkan balm ni, boleh roger cikgu ya.

0135819100 Cikgu Basariah
Balm bayi dari Asmak? Balm bayi dari Asmak? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 15, 2019 Rating: 5

Minyak Pilis - penawar sakit kepala ibu dalam pantang

Sabtu, September 14, 2019
Assalamualaikum

Semalam cikgu dah story tentang losyen ibu dari Asmak. Ni satu lagi produk Asmak yang best.

Biasa kita jumpa pilis dalm bentuk serbuk. Ada tu dalam bentuk pepejal, kena tumbuk, campur air dan sapu. Ha, ni yang paling best dalam set berpantang ibu dari Asmak.

Memperkenalkan...tadaaaa

Minyak Pilis


Kandungan:

 i) Lavender (Essential Oil) – memberi ketenangan dan Meredakan sakit kepala.

ii) Peppermin Essential Oil @ daun Pudina - mengurangkan risiko masalah penghadaman, angin, pedih hulu hati dan sakit kepala dan sengal badan akibat angin.

Didatangkan khas dalam bekas kaca dan boleh dipicit dengan mudah. Memang membantu ibu berpantang dengan selesa. ❤️

0135819100 Cikgu Basariah
Minyak Pilis - penawar sakit kepala ibu dalam pantang Minyak Pilis - penawar sakit kepala ibu dalam pantang Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 14, 2019 Rating: 5

Losyen Ibu dari Asmak

Jumaat, September 13, 2019
Assalamualaikum

Bestnya bila dah ada produk muslim yangbsihat dan selamat ni. Terbaru, Asmak melancarkan satu lagi produk khas penjagaan ibu dalam pantang. Ibu yang tak pantang pon boleh guna tau!

Memperkenalkan...tadaaa


Losyen Ibu

i) Ginger Extract / Halia - dpt mengembalikan bentuk badan asal & melangsingkan badan -mengurangkan rekahan di perut selepas mengandung

ii) Argan Oil - Membantu Memudarkan Parut dan Mencantikkan Kulit

iii) Menthol - Sebatian organik yang biasanya diperoleh daripada daun pudina ini berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit

iv) Minyak Kayu Putih – membantu mengurangkan sakit pinggang, lenguh-lenguh pada badan

0135819100 Cikgu Basariah
Losyen Ibu dari Asmak Losyen Ibu dari Asmak Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 13, 2019 Rating: 5

Kini ku temui penawarnya ❤️

Khamis, September 12, 2019
ALAHAN DAN GATAL - GATAL KULIT HILANG!


Hampir setahun anak saya ada masalah alahan (kulit) pada beberapa jenis makanan.
Contohnya ayam, telur,daging dan beberapa jenis ikan.

Setiap bulan saya akan membeli krim merah jambu di farmasi.
Sembuh tu memang sembuh tapi tak lama.
Bila salah makan, alahan tu datang semula hinggakan anak saya malu untuk berkawan. 😔

Macam-macam cara saya ikhtiar selain krim, daun-daun ubat dan bedak sejuk biasa tapi masih sama. Dua bulan lepas, sejak saya mula mencuba Bedak Callovera Asmak setiap hari, alahan pada kulit anak saya mula hilang. 😄

Sekarang, dia dah boleh makan semua jenis makanan tanpa perlu berpantang seperti sebelum ni.
Alhamdulillah... 😊

Kredit : Ainie Zakaria

#anaksihatibuceria
#bedakcalloverabyasmak

#atasisemuajenismasalahkulit

0135819100 Cikgu Basariah
Kini ku temui penawarnya ❤️ Kini ku temui penawarnya ❤️ Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 12, 2019 Rating: 5

Care Me - Pilihan ibu moden masa kini

Rabu, September 11, 2019
Assalamualaikum

Pantang adalah tempoh memanjakan diri dalam melalui proses penyembuhan.

#SetBerpantang #Asmak #CareMe amat sesuai bagi ibu yang berpantang cara moden mahupun tradisional kerana ia lengkap keperluan untuk ibu dan bayi.

Boleh juga digunakan pada waktu hamil, berpantang dan habis pantang kerana ianya set istimewa yg diciptakan fleksibel sesuai untuk kegunaan para Ibu.

Setiap Set Mengandungi



BABY BALM
PILIS OIL
FEMININE WASH
MUMMY LOTION
MINYAK TELON

Jom kita tengok apa kandungan dan kegunaannya

🌻Losyen Ibu 🌻
i) Ginger Extract / Halia - dpt mengembalikan bentuk badan asal & melangsingkan badan -mengurangkan rekahan di perut selepas mengandung
ii) Argan Oil - Membantu Memudarkan Parut dan Mencantikkan Kulit
iii) Menthol - Sebatian organik yang biasanya diperoleh daripada daun pudina ini berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit
iv) Minyak Kayu Putih – membantu mengurangkan sakit pinggang, lenguh-lenguh pada badan

🌺Pencuci Wanita🌺
i) Sireh – membantu menyembuhkan keputihan, kegatalan & kesihatan pada bahagian intim wanita
ii) Glycerin – berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga berperanan untuk mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
iii) Menthol - Sebatian organik yang biasanya diperoleh daripada daun pudina ini berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit.
iv) Coco Betaine - Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu memelihara kelembapan kulit pada bahagian intim.

🌷Minyak Pilis🌷
 i) Lavender (Essential Oil) – memberi ketenangan dan Meredakan sakit kepala.
ii) Peppermin Essential Oil @ daun Pudina - mengurangkan risiko masalah penghadaman, angin, pedih hulu hati dan sakit kepala dan sengal badan akibat angin.

💮Minyak Bayi💮
i) Peppermin Essential Oil @ daun Pudina – menenangkan bayi
ii) Menthol – membantu melegakan bayi jika alami kembung perut

🍁Balm Bayi🍁
i) Beeswax - sarang madu lebah asli
ii) Lemon ( essential oil) - utk selesema bayi
iii) Eucaplyptus ( essential oil) – batuk
iv) Estrak pudina - menenangkan tubuh bayi

BERMINAT NAK CUBA PRODUK ASMAK?
Jangan lupa hubungi cikgu ya

😊

#AsmakPerak
#asmakTelukIntan

0135819100 Cikgu Basariah
Care Me - Pilihan ibu moden masa kini Care Me - Pilihan ibu moden masa kini Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 11, 2019 Rating: 5

Review restoren : Kelapa leleh Kampar

Selasa, September 10, 2019
Assalamualaikum

Hai korang 😘

Dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan selepas kami sekeluarga ke LWOT baru ni, kami singgah solat di Kampar. Asalnya nak solat kat masjid, sekali tengok ramai orang. Rupanya ada ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Makanya kami solat di Giant sahaja.

Punyalah lapar sebab makan ringan-ringan je dalam LOWT tadi, kami amik keputusan singgah dan makan di salah sebuah restoren viral kat Kampar ni. Restoren Kelapa Leleh.

Sampai je ke restoren, tempat hampir penuh. Cikgu pilih salah sebuah meja. Sebenarnya tak berapa sesuai untuk makan tapi duduk je la dlu. Tak lama duduk, terus staf dia datang bagi kertas dan buku menu. Sementara tu, meja sebelah tetiba dah selesai makan, maka kami pon berubah tempat.

Selepas hampir 5 minit memikir menu, kami pon order. Cikgu order set yang untuk 2-3 orang makan berharga rm25 dan nasi rainbow ayam blackpaper. Dalam fikiran cikgu, cukupla kot untuk kami berlima. Pastu order air epal untuk razin dan rafif. Aiskrim kelapa dan stroberi coklat pula untuk cikgu, suami cikgu dan nurin. Air kosong ada disediakan. Cuma bangun dan ambil sendiri.















Tagline dah best dah 😂

Menanti dalam kelaparan. Mujur air sedap dan banyak

Ais kelapa yang tak mencapai piawaian kesedapa sepatutnya 😅

Aiskrim stroberi coklat ni pula rasa macam ubat batuk sikit-sikit



Big bos masih mampu tersenyum masa ni. Selepas 30 minit muka udah masam 😂

Ni lah nasi rainbow blackpaper tu. Rasa biasa-biasa je. Letak sesiap Minyak Herba Asmak atas meja. Perut dah masuk angin boleh sapu 😁

Nurin pon dah tak dok diam

Ni la dia set yang rm25 untuk 2-3 orang makan tu. Macam untuk seorang makan juga. Huhu. Langsung tak menepati piawaian. Big bos dah stress terus tak nak makan bagi anak-anak je makan.

Lama juga masa menunggu makanan untuk sampai. Sementara menunggu tu ada diorang bagi keropok untuk kudap-kudap. Not bad la. Pastu ada kedai sebelah tu letak sata satu seringit. Kalau makan, bayar je la. Dah lapar, makan la dlu. Bijak marketing dia! 😂

Air dan aiskrim sampai awal. Setengah jam baru sampai nasi rainbow black paper. Lagi setengah jam pula baru sampai nasi yang untuk 2-3 orang makan. Mengecewakan sebab kuantitinya tak sebanyak yang digambarkan. Dari segi rasa, bagi cikgu biasa-biasa sahaja. Nasi rainbow tu ala-ala nasi goreng warna warni yangbdigoreng dengan rencah secukup rasa je. Aiskrim kelapa pon macam yang biasa dibeli di kedai. Tiada faktor 'wow'nya.

Kami masuk kedai dalam jam 8.30 malam dan selesai dalam jam 10.30 malam. Sepanjang menanti tu, cikgu perhatilan ada beberapa meja yang makanan sampai lambat. Akhirnya muka pelanggan pon dah masam dan ada yang buat keputusan bungkus sahaja makanan.

Buat pengusaha restoren, semoga review ini dapat membantu dalam menambah baik perkhidmatan pada masa akan datang. Baiki rasa, baiki kuantiti makanan serta perkhidmatan yang lebih pantas. Pelanggan tak kisah bayar selagi perkhidmatan terbaik.

Kalau korang ada tempat best nak cikgu review bagitau ye. Review ikhlas dari hati 😘


Berminat cari produk Asmak? Mai pm cikgu.
0135819100 Cikgu Basariah
Review restoren : Kelapa leleh Kampar Review restoren : Kelapa leleh Kampar Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 10, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.