Seo Services

3 RESEPI UNTUK MELEGAKAN BATUK DAN KAHAK MENGGUNAKAN MADU


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cikgu sebenarnya sedia maklum yang sudah ramai berkongsi tentang cara legakan batuk dan kahak dengan menggunakan madu. Tetapi, tiada salahnya kan untuk cikgu kongsi juga dengan anda semua dalam blog kali ini 😆 Mungkin ada cara yang anda belum pernah cuba, boleh lah cuba jika batuk menyerang nanti. Apa-apa pun, cikgu doakan semoga semua pembaca sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ya.

Jom! Cikgu nak kongsi 3 cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan batuk dan kahak hanya dengan menggunakan madu. Yang penting, madu perlu ada di rumah ya. Alamak, tiada madu? Dapatkan madu keluaran Asmak terlebih dahulu okey 😍 Asmak ada mengeluarkan 3 jenis madu iaitu madu asli, madu halia bentong dan madu kurma merah.




CARA MELEGAKAN BATUK DAN KAHAK MENGGUNAKAN MADU


1) Madu, air suam dan lemon.


      
- Masukkan satu sudu madu ke dalam cawan kemudian perah lemon dan tuangkan air suam.
- Lemon merupakan ejen anti bakteria semulajadi dan tinggi vitamin C. 
- Ia dapat membantu menguatkan sistem imunisasi anda untuk melawan penyakit.


2) Madu, cuka epal dan air suam.


- Tuangkan satu atau dua sudu cuka epal ke dalam cawan kemudian tambahkan madu dan air suam.
- Cuka epal mempunyai sejarah yang lama sebagai rawatan yang efektif untuk pelbagai jenis penyakit.
- Ia mengandungi asid asetik (sebatian kimia asid organik yang dikenali sebagai perasa masam dan aroma dalam makanan) yang banyak dan boleh melegakan batuk dengan membunuh patogen.


3) Madu asli.




- Jika anda mahukan alternatif yang lebih mudah, hanya makan madu berkualiti beberapa kali sehari sehingga anda beransur pulih.
- Fakta paling menarik adalah madu tidak mempunyai tarikh luput jadi anda boleh simpan madu tanpa risau ia akan rosak.

Jom dapatkan madu Asmak dengan cikgu sebagai persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan. Madu juga boleh dijadikan amalan pemakanan seharian ya 💓 Hubungi cikgu atau tekan pautan di bawah untuk cikgu bantu anda dapatkan madu keluaran Asmak ini. 

Semoga bermanfaat!




0135819100 Rabiahtun
3 RESEPI UNTUK MELEGAKAN BATUK DAN KAHAK MENGGUNAKAN MADU 3 RESEPI UNTUK MELEGAKAN BATUK DAN KAHAK MENGGUNAKAN MADU Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Ogos 13, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.