Seo Services

ASMAK HERBS BANTU PULIHKAN RESDUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Hari ini cikgu ada belek-belek maklumat tentang Asmak Herbs kemudian, cikgu terfikir nak berkongsi dengan anda semua tentang satu penyakit yang dialami oleh sesetengah orang iaitu resdung. Cikgu dapat tahu yang rupanya resdung juga ada resdung kronik 😱 Sedangkan resdung biasa pun dah rasa terseksa apatah lagi yang kronik. Jadi, jom kita tengok apakah simptom-simptom resdung kronik?





SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG KRONIK

Kita sedia maklum bahawa penyakit resdung yang teruk boleh mengakibatkan hidung tersumbat. Malah, resdung juga membuatkan seseorang hilang deria bau serta mengganggu fungsi hidung yang lain.

Sebagai contoh, hidung manusia berfungsi menapis partikel kecil sebelum udara masuk ke dalam paru-paru. Namun, jika anda mempunyai alahan terhadap partikel kecil yang terperangkap di dalam rongga hidung, ia boleh menyebabkan sensitiviti. Disebabkan alahan tersebut, tisu pada kawasan hidung akan mula mengalami inflamasi dan menyebabkan hidung mula berair dan gatal-gatal. 

Hidung berair dan gatal-gatal merupakan salah satu ciri resdung yang teruk. Walau bagaimanapun, resdung merupakan sesuatu yang biasa terjadi dan boleh dirawat dengan baik.

Perkara lain yang boleh menyebabkan resdung semakin teruk ialah penyakit asma yang berlaku kepada 20% hingga 40% pesakit. Malah, ada juga pesakit yang mungkin mengalami ekzema.

Cikgu ada juga baca perkongsian melalui laman web hellodoktor yang menyatakan bahawa jika anda mempunyai penyakit resdung, simptom akan muncul selepas beberapa jam terdedah dengan sebarang alergen. 

Antaranya adalah:

  • Rasa gatal pada kawasan mulut, tekak atau kulit.
  • Tidak dapat menghidu dengan baik.
  • Hidung berair.
  • Mata berair.
  • Kerap bersin.
Namun, tidak lama kemudian pesakit mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk. Antara ciri-ciri resdung yang teruk ialah:

  • Hidung tersumbat dan tidak dapat menghidu dengan baik
  • Batuk
  • Telinga tersumbat
  • Sakit tekak
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Mata sembap
  • Rasa letih dan cepat marah
  • Pening kepala

Untuk pengetahuan anda semua, kami di Asmak mempunyai satu jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah resdung dan Alhamdulillah produk berkenaan telah berjaya membantu ramai pesakit resdung di luar sana untuk pulih dari penderitaan dan kesakitan yang dialami. Produk tersebut diberi nama Asmak Herbs 😍 Ia berbentuk kapsul dan mudah ditelan. Bagi yang sedang berikhtiar menyembuhkan penyakit resdung, boleh hubungi cikgu untuk cikgu bantu anda dapatkan rawatan ya.

Bagaimana pengalaman anda memgalami resdung? Jom kongsikan dengan cikgu dan para pembaca di sini.

Jangan lupa klik pautan yang cikgu sediakan untuk dapatkan Asmak Herbs. Semoga kesakitan yang dialami dikurniakan kesembuhan oleh Allah S.W.T..







0135819100 Cikgu Basariah
ASMAK HERBS BANTU PULIHKAN RESDUNG ASMAK HERBS BANTU PULIHKAN RESDUNG Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 16, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.