Seo Services

Brown sugar muffin (resepi utk 6 biji)

Menu utk minum petang..tapi yang ni mgg lepas punya..sedap coz kurang manis bila guna gula perang ni..cubalah..

ni keratan rentasnya..huhu..maaf kotak belakang tu nyibuk

panas..panas..nyum..nyum..


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil ovalette (tak letak pon takpa)
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Coklat rice untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan minyak masak dan teruskan pukul sehingga kembang..
(untuk muffin..pukul dengan tangan pon dah ok..tak payah guna mixer)
3. Masukkan tepung, soda bikarbonat,serbuk penaik dan ovalette dan teruskan pukul sehingga sebati..kalau agak2 keras..tambah minyak sedikit lagi..
4. Masukkan kertas muffin ke dalam dulang pembakar..masukkan adunan tadi sehingga hampir penuh dan tabur coklat rice
5. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah celsius selama 15-20 minit..
6. Enak dimakan semasa masih panas dan suam..

SELAMAT MENCUBA!!!
Brown sugar muffin (resepi utk 6 biji) Brown sugar muffin (resepi utk 6 biji) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 21, 2011 Rating: 5

1 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.