Seo Services

Semoga Rohnya dicucuri rahmat..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger sekalian? Semoga sihat dan ceria selalu...

Seperti biasa menjelang hujung-hujung tahun ni sekolah mula sibuk dgn pelbagai program..cikgu sendiri pun tidak terlepas tempiasnya..

Dalam kesibukan itu, tanpa disangka-sangka, seorang sahabat cikgu telah pergi menemui Illahi pada pagi sabtu yang lalu..rasa umpama baru semalam bersembang dengan beliau..subhanallah..semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Paling sedih apabila menziarahi jenazah dan melihat anak-anak allahyarhamah yang masih kecil menangis sambil memanggil-manggil 'ibu'..tidak tertahan air mata mengalir tatkala membaca yasin dan talkin buat allahyarham..semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang soleh di sisi Allah..

Hati seorang ibu rasa sangat tersayat dan mula menggambarkan bagaimana agaknya kalau yang terbujur kaku itu adalah diri ini..semoga Allah mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan di muka bumi ini..

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Zariati Asyikin..

Wassalam..
Semoga Rohnya dicucuri rahmat.. Semoga Rohnya dicucuri rahmat.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 02, 2011 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    BalasPadam
  2. Alfatihah..

    http://www.youtube.com/watch?v=WFbsp7kecL0&feature=relmfu

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.