Seo Services

Program di cuti sekolah

Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan Islam sahabat sekalian hari ni? Semoga bertambah kukuh dengan hidayah dan rahmat daripada Allah..

Semalam cikgu dengar radio IKIM.fm dan tertarik dengan satu isu yang dibincangkan oleh DJ bersama-sama tetamu jemputannya..kalau tak silap cikgu ustaz Hisham yang pernah jadi mudir imam muda musim pertama..tajuknya tentang merancnag cuti sekolah anak-anak..

Cikgu setuju sangat dengan pandangan seorang pendengar tu memberi saranan kepada ibu bapa agar mengisi masa terluang anak dengan menghantar mereka mendalami ilmu agama..apa salahnya untuk bagi anak-anak fokus pula kepada agama setelah 10-11 bulan bertungkus lumus mengisi ilmu akademik..Janganlah terlalu berkira-kira apabila hendak menghantar anak ke program-program pengisian rohani berbanding mengeluarkan belanja yang banyak untuk program-program akademik sebelum ini..lagipun kalau anak pandai baca doa dan al Quran yang bahagia tu kita juga..nanti-nanti yang nak tolong doakan kita selepas mati pun anak yang pandai baca doa dan al Quran inilah..


Jadi di kesempatan ini..cuti sekolah pun masih berbaki hampir sebulan lagi, cikgu menyeru kepada ibu bapa di luar sana untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti rohani..kalau tak mampu nak bayar untuk kem-kem rohani, hantarlah dan ajaklah anak mendekatkan diri ke masjid-masjid mahupun ke surau-surau berhampiran..bak kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya..jangan dah jadi buluh tak leh nak lentur nanti patah dia..kita juga yang menyesal..lagi baik kita juga libatkan diri dengan setiap program rohani ni..baru seronok..

Harap rakan-rakan blogger juga beri saranan atau tips-tips yang sesuai dilakukan oleh para ibu bapa dan anak-anak di musim cuti ni..selain sibuk bermuka buku dan berinternet saja..tv pun jangan ngadap semberono..cuba tengok cerita-cerita keagamaan dan memberi afedah..maklumlah zaman sekarang ni dugaan semakin berat..banayk disiarkan artis-artis dengan pakaian yang tak cukup kain di sana-sini..

Wallahua'lam..
Program di cuti sekolah Program di cuti sekolah Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 03, 2011 Rating: 5

17 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu...selamat bercuti...saya tak bercuti...masih belajar..seronoknya spend holiday pgi picnic ka...

    jom baca (",)
    erti qada yang sebenar

    BalasPadam
  2. cikgu Ma: Tak sempat p picnic cuti ni..banyak program menanti..hehe..

    BalasPadam
  3. Salam:)

    Satu n3 yang bermanfaat..:)
    Tksh dear!

    p/s:
    Bila cuti2 ni...akak byk masa utk menghayati jadi suriumah nii...hehe..;)

    BalasPadam
  4. Zan: Semoga dapat diaplikasi kita semua..

    K.Tinie : Saya pun banyak menghabiskan masa selaku surirumah tapi dalam masa yang sama berusaha menjinakkan diri dengan surau dan masjid (^_^)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Cikgu
    Terima kasih singgah...
    Alhamdulillah cuti sekolah kali ini dapat juga sy hantar anak kedua sy mengikuti kem motivasi di melaka..itupun atas bantuan adik sy..hari ini selesai..mudah2an banyak yg dapat membantu anak sy yg sedang meningkat remaja itu memperbaiki diri dan jati dirinya..

    Hajat hati memang teringin nak hantar anak2 ke program2 keagamaan atau kem motivasi..tapi apakan daya keadaan kewangan yg tak mengizinkan dn jika ada percuma utk anak2 yatim pula..sy tiada kenderaan nk menghantar...

    BalasPadam
  6. Setuju sangat dengan saranan teacher. Duk kedah kat mana yer! Cikgu tie juga org kedah.

    BalasPadam
  7. moga anak2 kita mndpt manfaat drp program yg disertainya..

    BalasPadam
  8. Nyanyisunyi: Takpalah..pelan2..apa yang penting kita sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi insan yang soleh dan sempurna iman dan akhlaknya

    Cikgu Tie: Umah mak kat bukit besar, umah mentua kat kepala batas, kedah,umah sendiri kat SP tapi keja kat perak..hehe

    Bancik: Tak pi LIMA ke?

    Tunz: Amin..

    BalasPadam
  9. dulu time cuti skolah mak saya selalu antar... tpi dia x gitau nak ke mana.. bila dah smpai baru tau..nak x nak kena duduk juga la..hehhe.. kalau mak saya bagitau berkemungkinan besar saya x p.. Tapi sekarang rindu lak nak p kem2 motivasi mcm 2.. :-)

    BalasPadam
  10. salam cikgu...1st time masuk komen blog tenaga pengajar ni rasanya.huhu...

    jngn lupa gak lokasi anak2 bermain.kat kuantan hujan kembali turun dah ni.mungkin boleh banjir bila2 masa kat area2 berkenaan.hati2 sumua :)

    BalasPadam
  11. sesedap rasa : Bagus tindakan ibu tu...dia berfikiran jauh..elok dicontohi ibu-ibu zaman sekarang

    apan: terima kasih sudi mengomen di blog cikgu..saranan yang baik!(^_^)

    BalasPadam
  12. bagus sgt program2 seperti ini.. melentur buluh biarlah dari rebungnya.. dalamilah mereka dgn ilmu agama dari kanak-kanak lagi..

    BalasPadam
  13. Salam teacher,
    Mesti para ibu seronok brsama anak-anak di musim cuti sekolah. Moga ada berkah dariNya.. :)

    BalasPadam
  14. pondok usang: Betul tu..

    Indah house: Rumah yang sepi pasti meriah dgn jerit pekik si ibu memarahi si anak..hehe

    BalasPadam
  15. Betul tu. Dari biarkan diorang bermalas-malasan bangun dekat tengahari, pastu sibuklah dengan ASTRO nya lain, game nya lain, muka buku nya lain takut jd kebiasaan sampai naik sekolah pun peten susah nak adjust.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.