Seo Services

Aduhai anak..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Semoga sihat dan gembira dengan limpahan rahmat tuhan..

Terdetik di hati ini nak menulis entry baru hari ni.. Macam mana nak mula ye? Hmm..

Sejak dua menjak ni..dengan kata lain..bermula tahun ni, cikgu tengok kehadiran pelajar ke sekolah semakin merosot..Tapi cikgu tak pastilah bagaimana halnya dengan sekolah lain..tapi inilah situasi di sekolah cikgu sekarang ni..Senang kata minggu ni saja, dalam setiap kelas yang cikgu masuk pasti akan ada pelajar yang tidak hadir..bukan seorang dua tapi kadang2 sehingga mencecah 10 orang..macam mana nak buat ye? Daripada 10 orang tu, seorang atau dua memang diketahui tidak sihat tetapi yang selebihnya tidak dapat dikesan sebab musabab tidak hadir ke sekolah..

Gambar ihsan dari http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/05/anak-sape-la-yang-suka-ponteng-sekolah.html

Cikgu rasa risau pula apabila memikirkan masa depan pelajar-pelajar ini..Apa komen rakan-rakan blogger? Rasanya nak buat macam mana ye nak tarik minat mereka ni ke sekolah?Kalau tahun lepas, banyak masalah disiplin terutama dari segi melawan cakap guru tapi tahun ni lain pula masalahnya..tidak melawan secara terang tetapi protes mungkin dalam diam..terus tak datang ke sekolah.Langsung tak hirau tertinggal pelajaran..

Sekarang yang dapat cikgu buat sekadar menasihati dan mendoakan mereka semoga terbuka pintu hati untuk cintakan ilmu..

P/s: Bukan berniat mengejar dunia tetapi mengharap mendapat ganjaran yang baik di akhirat kelak hasil usaha di dunia..Amin..
Aduhai anak.. Aduhai anak.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Februari 16, 2012 Rating: 5

12 ulasan:

  1. salam cikgu...depa penat bersukan kut...
    Telefon parent tanya pasai apa depa tak mai...
    kena bagi reward la pada pelajar yg rajin mai sekolah...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dear:)

    Memang geleng kepala dibuatnya bila lihat pelajar yang tidak serius dgn pelajarannya...yang tak dtg satu hal...yang datang tapi ponteng kelas punnn satu hallnyaa..aduhaii:(

    BalasPadam
  3. Kelas saya pun sama TB, kdg2 7 org tak dtg... Anak2 nelayan pulak tu... Kesian betul...

    BalasPadam
  4. Kakcik sangat susah hati bila anak kelihatan 'liat' untuk ke sekolah. Yang paling kakcik risau, apakah ada kes buli yang membuatkan mereka bagai takut sangat memijak kakcik ke gedung ilmu itu. :(

    BalasPadam
  5. kena buat konsert kt sek bg depa minat huhu

    BalasPadam
  6. dulu saya pun liat nak pergi sekolah tapi tetap pergi, tak pernah ponteng..hehe..

    Cikgu kena tanya ibubapa pelajar tersebut, mana nak tahu diaorang ada masalah..

    BalasPadam
  7. Salam. cikgu, berbeza pulak dengan situasi saya. murid datang, tetapi tidak mahu belajar. marahlah macam mane pun, kata-kata kita tu umpama angin lalu jek.

    BalasPadam
  8. Ingat pasai Razin tadi..

    besa la. bebudak zaman sekarang.. kena tabah di dalam menempuhi onak duri

    mereka cam kertas putih, terpaksa cari pen kaler biru, itam dll untuk mencorak mereka. kekadang di dalam mencorak mereka tak leh situasi yg beradab kena kurang adab. :)

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas sokongan dan pendapat yang diberikan..tahun ni cikgu tak pegang kelas, cuma jadi penyelaras tingkatan ja..tapi rasanya bila jadi macam ni kena kontek mak bapak pelajar..risau pula kalau anak tu ponteng, mak bapak tak tau..

    BalasPadam
  10. sekali-sekala, buat satu program yang mampu menarik budak-budak datang ke sekolah.. boleh buat kuiz dan sediakan hadiah yang menarik untuk para pemenang.. kalau tak menang pon bagi jugak hadiah sagu hati..


    kadang-kadang kena tengok jugak kaedah kita mengajar, kalau terlalu serius mungkin budak² akan cepat bosan.. apa salahnya kita selitkan sedikit unsur lawak mahu pon jenaka berilmu yang mampu buatkan mereka tertarik dengan kelas tersebut..


    adakalanya penyampaian ilmu dengan mengaitkan kisah atau pon pengalaman peribadi mampu membuatkan para pelajar berminat untuk mendengarnya..


    banyak lagi perkara kreatif yang boleh dicuba oleh cikgu-cikgu semua.. saya pon InsyaAllah akan bakal mengajar murid-murid saya.. yang penting kina kena pandai cari rentak, sesuaikan perkara yang mereka minat dengan penyampaian kita...

    :)

    BalasPadam
  11. tugas cikgu2 skang semakin mencabar.budak2 semakin advance...tmbah lak ngan ibubapa yg terlalu syg anak...naseb jadi cikgu la.yg penting cuba laksanakan tanggungjwb sebaiknya...insyaallah, akan beransur masalah kot.huhu...

    BalasPadam
  12. semakin mencabarkan tugas cikgu sekarang ni.Bebudak dah semakin advance sampaikan banyak yg langsung tak hormat guru.

    rasanya kena berhubung terus ngan parents dorang.takut nanti mak bapak harapkan ke sekolah tapi dorang melencong ke lain

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.