Seo Services

Rileks jap..

Isnin, September 30, 2013
 Tarik2 rambut sket buang angin..



 Picit2 sket bagi hilang lenguh2..


 Lenguh lagi? Urut guna siku lak..


Tonggeng2 sket bagi kuar angin ye..

Layan............

(^_^)


Rileks jap.. Rileks jap.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 30, 2013 Rating: 5

LeTih..zzzz....

Khamis, September 26, 2013

LeTih..zzzz.... LeTih..zzzz.... Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 26, 2013 Rating: 5

Cuba Teka!!

Rabu, September 25, 2013

PERGI KE KEDAI MEMBELI NANGKA
SEDAP DIGULAI DI DALAM KAWAH
KALAU TUAN PUAN BIJAK LAKSANA
APA NAMA BUAH DI BAWAH?


Cuba Teka!! Cuba Teka!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 25, 2013 Rating: 5

MakaRoni Bakar Mabeles!!

Selasa, September 24, 2013
Assalamualaikum

Masih rasa kagum dengan diri sendiri kerana berjaya jugak buat makaroni bakaq after almost 30 years hidup di muka bumi Allah ni..hahaha..kagum2..(poyo je lebih)

Jom layan


Mabeles kan rupa dia?Sila abaikan bekas yang tak seberapa itu..hihi

Bahan-bahan:
 Makaroni 250g(direbus dan ditos airnya)
Bawang putih 3 ulas
Serbuk kari (optional) 3 sudu (cikgu letak satu je,takmau pedas)
Sardin 1 tin (klu xsuka,boleh ganti ayam or daging etc2)
Susu segar / susu cair 1/2 tin
Keju cheddar 5 keping (cikgu letak 2 je..baki pizza hari tu..uhuhu)
Telur 5 biji (cikgu guna 3 je)
Serbuk keju secukupnya (cikgu guna serbuk cheezycheese segera)
Minyak utk menumis (cikgu guna buttercup)
Sedikit lada putih dan garam
Serbuk paprika/oregano pun boleh masuk kalau ada (optional)

Cara-caranya:
1.  Tumis bwg putih dgn minyak
2. Masukkan serbuk kari dan masak sekejap (letak air sket takut hangus)
3. Masukkan sardin yang dilenyek
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan makaroni dan masak sampai dia sebati(pastikan dia tak berair)
6. Taburkan serbuk keju, serbuk paprika,oregano dan sebatikan
7. Sediakan loyang besi (oles butter/minyak sket supaya tak melekat)
8. Tuang separuh makaroni tadi dan tekan bagi rapat
9. Taburkan keju cheddar
10. Tuang baki makaroni
11. Pukul telur dengan sedikit lada putih dan garam
12. Tuang telur tadi ke atas makaroni
13. Bakar pada suhu 140-150 darjah celsius selama 30-40 minit

SELAMAT MENCUBA!! 


p/s: Sedap sangat sampai Rafif pun tersenyum riang dan kekenyangan..hihi (^_^)

Waalahua'lam



MakaRoni Bakar Mabeles!! MakaRoni Bakar Mabeles!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 24, 2013 Rating: 5

Semoga dimurahkan rezeki hari ini..(^_^)

Ahad, September 22, 2013


Semoga dimurahkan rezeki hari ini..(^_^) Semoga dimurahkan rezeki hari ini..(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 22, 2013 Rating: 5

Vaksin?Nak cucuk ke tak? Sila baca sampai habis!!!

Khamis, September 19, 2013
Assalamualaikum..

Cikgu selalu juga dengar ibu bapa mengeluh ttg hal ni..Walaupun cikgu guru sains tapi ada banyak benda yang cikgu sendiri pun tak tahu..so,kita kenalah bertanya kepada orang yang lebih arif, betoi tak?

Ok, kat bawah ni cikgu kongsi info yang cikgu dapat dari seorang kawan dlm fb..baca sampai habis tau!

Ni dilema seorang ibu:

Beraya di rumah saudara-mara, dan seperti biasa soalan cepu cemas anak dah berapa bulan?, berat berapa kg?, minum susu badan ke campur susu formula?, dan yg paling best soalan bila baby nak kena cucuk lagi? Hihi, soalan lain semua saya boleh jawab tapi yg last tu pasti ramai terkejut bila di beritahu saya memilih untuk tidak suntik vaksin anak saya. Respond pertama yg akan kedengaran adalah kenapa tak cucuk?, bahaya la tak cucuk!!?, dan yang pasti mesti nak tahu sebab apa tak cucuk vaksin, tak sayang anak ke??..
Hehe, maaf la sebab sy tak sempat nak buat list reason sy memilih untuk tidak vaksin anak, lepas ni insyaAllah sy akan printkan siap2 sebab musabab mengapa sy tidak ambil vaksin untuk penjelasan ye..
1). Sebab utama sy tidak ambil vaksin adalah kerana tiada satu pun vaksin yg di sahkan HALAL di Malaysia buat setakat ini. ramai di antara kita makan mcD/Kfc pun intai logo halal jakim, takkan nak suntik anak sendiri buat buta je mata tu. Namun, jika ada sila berikan nama dan pengeluar vaksin tersebut, then sure i will think again about that..
2). Alhamdulillah setakat ini anak sy telah di kurniakan vaksin yang paling baik pernah ada di atas muka bumi ini iaitu vaksin SUSU IBU. Thats mean my baby fully breastfeeding. So, sy amat percaya dan yakin bahawa susu ibu adalah imunisasi terbaik untuk setiap bayi mengikut apa yang disarankan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 233. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi anak2 kita daripada sebarang penyakit merbahaya pada masa kini mahupun pada masa akan datang, sesungguhnya Dia lah yg Maha Melindungi lagi Maha Mengetahui.
3). Kandungan vaksin. Sy rasa antara sepuluh ribu ibubapa yg menghantar anak untuk di suntik mungkin hanya seorang terfikir untuk melihat, membaca dan memahami akan kandungan didalam vaksin. Sebagai contoh, sy berikan isi kandungan,Vaksin Polio content ; 2phenoxyethanol, formaldehyde, neomycin, streptomycin, polymyxin B, monkey kidney cells, Eagle MEM modified medium, calf serum protein.Ok wait2, cuba baca sekali lagi, "monkey kidney cells, Eagle MEM modified medium, calf serum protein"? apekejadah tu? answer? senang sahaja jawapannya hanya ada 2, first, bagi ibubapa yg terlalu banyak makan fastfood terutama mcD,kfc,pizzahut,burgerking,etc. pasti akan memberikan jawapan ah lantaklah janji anak aku sihat!! sihat?betul ke anak anda sihat??Jawapan kedua pula, monkey kidney cells adalah sel-sel buah pinggang monyet, Eagle MEM modified medium adalah M.E.M burung helang yang separuh diubahsuai, calf serum protein adalah serum protein anak lembu. Hurm, cuba fikir sejenak, apakah tujuan memasukkan sel-sel buah pinggang monyet, M.E.M burung helang yang separuh diubahsuai, serum protein anak lembu ke dalam tubuh badan bayi kita? Apa tujuannya? Adakah anda memerlukan pHD untuk memikirkannya? Apa pula hukum memasukkan sel-sel buah pinggang monyet, mem burung helang yg diubahsuai, serum protien anak lembu yg saya pasti tidak di 'sembelih' mengikut cara Islam tetapkan?? Setakat ini jika anda mulai merasa ragu-ragu mengenai kandungan vaksin Polio ini saya cabar anda ke mana2 klinik/hospital dan dapatkan label kandungan vaksin tersebut. Baca dengan mata kepala anda sendiri baru anda perlu percaya. Di dalam Islam sendiri menyarankan apabila anda mendapat sesuatu berita itu kaji dan selidik dahulu KESAHIHANNYA, baru buat keputusan dan terpulanglah kepada anda untuk menentukannya. Mungkin saya perlu selitkan sekali kandungan Vaksin Campak a.k.a M.M.R (Measles, Mumps & Rubella) ;content vitamins, amino acids, fetal bovine serum, sucrose, sodium phosphate, glutamate, recombinant human albumin, chick embryo cell culture, WI-38 human diploid lung fibroblasts, neomycin, sorbitol, hydrolyzed gelatin. Ok please read again, ' recombinant human albumin, chick embryo cell culture, WI-38 human diploid lung fibroblasts '. Apakah??, recombinant human albumin adalah campuran albumin(sel darah) manusia, chick embryo cell culture adalah sel emrio kultur ayam, WI-38 human diploid lung fibroblasts adalah WI-38 diploid fibroblas paru-paru manusia yg mana code WI-38 sy pun tidak tahu kod apa dan sy sendiri tertanya2 dari mana datangnya diploid paru-paru manusia yg di masukkan ke dalam berjuta-juta vaksin MMR di seluruh dunia?.(adakah paru-paru ini di dapatkan melalui bedah siasat kematian?)

Wallah'ualam...


Ini jawapan orang lebih arif:

ini ulasan dari dr sy @hairin anisa tajuddin (peadiatrician)
 


Assalam everybody....
Sebelum kita pergi secara detail tentang pembuatan vaksin, mari kita

lihat hukum vaksinasi dlam Islam spt dlm muzakarah tahun 1989 :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah

membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk

Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti

berikut:

Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan

polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب

المصالح" menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari

kemaslahatan " dalam perundangan Islam.

Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit

tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin

daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka

penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.

Keterangan/Hujah:

Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan

bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria,

tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

“menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”,

maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang

berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat. Maka program tersebut

adalah harus, kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan

bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin

dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak.

Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah

Al- Baqarah, ayat 195 :

ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya

kebinasaan".

Maka sebelum kita memutuskn sesuatu itu haram & tidak boleh, kita

perlu ada ilmu yg mendalam & dalil yg cukup.
Saya ingin bertanya, adakah semua yg tanpa logo halal itu...Haram???
Ada beberapa produk yg diluar kuasa jakim utk mmberikan logo halal spt

ubat2an. Adakah anda pernah lihat logo halal pd antibiotik?? Berbeza

dgn supplement @ produk makanan & kosmetik yg perlu mndapat logo

halal. Sedangkan semua vaksin yg diperkenalkan di malaysia telah

mendapat hukum penggunaannya drpd mereka yg arif, & bukan orang2 biasa

spt kita utk MENSAHIHKAN hukum. Tentang semua vaksin yg ada skrg telah

lama di bawa ke Muzakarah oleh para alim ulama kita. Hanya vaksin yg

menggunakan unsur khinzir shj yg disahkan haram & tidak diberikan di

Malaysia.

Ok sekarang kita pergi kpd sejarah pembuatan vaksin....
Pada abad sblm 19 iaitu 1700-1800, kadar kematian terutama bayi &

kanak2 berumur 5 tahun amat tinggi kerana serangan kuman2 spt batuk

kering,batuk kokol, lumpuh polio & sbgainya. Kita perlu percaya setiap

musibah, adalah ujian Allah swt kpd hambaNya. Tetapi Allah swt Maha

Penyayang krn Dia mengurniakan akal yg cerdik kpd para saintis utk

mengkaji cara utk mengurangkn kadar kematian tersebut. Contohnya

saintis Islam yg bernama Ibnu Nafis yg menemui vaksin cholera pd tahun

1830an...maka bioteknologi perubatan berkembang untuk mencari

penyelesaian & penemuan vaksin satu persatu e.g BCG ditemui pada

1927...

Sebelum anda melatah tanpa ilmu, saya akan berkongsi ilmu tntg cara

vaksin bertindak melalui 2 jenis
1) Vaksin yg menggunakan particle/sebahagian protein dari kuman & ia

dimasukkan ke dlm tubuh kita.
Apabila tubuh kita mengenal bhgn tersebut, tubuh menghasilkn antibodi

yg spesifik utk kuman tersebut.
Jika kuman sebenar datang menyerang, antibodi yg telah terhasil kan

melawan kuman yg menyerang.
2) vaksin yg menggunakan virus hidup yg telah dilemahkn...macam ular

yg dah hilang bisa. Virus hidup ini dimasukkan ke badan kita & tubuh

kita akan menghasilkn antibodi yg juga specifik kpd virus ini.
Contohnya, mumps rubella, measles...tapi, sbb kuman ni dah lemah,

antibodi yg dihasilkn oleh tubuh akan membunuhnya.
Tubuh kita ada memory cell yg akan menyimpan data tentang kuman yg

kita telah terdedah secara natural @ vaksinasi. Tapi, bila kuman

menyerang secara natural, hakikatnya lebih sakit & boleh bawa kematian

kpd bayi @ kanak2 yg belum kuat sistem imunisasi tubuhnya. Apabila

telah diberikan vaksin, memory cell akan menyuruh semua askar tubuh

kita menghasilkn antibodi & membunuh kuman yg menyerang.
Justeru, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik sblm ramai kanak2

dijangkiti. Malah, kuman zaman sekarang banyak yg sudah kebal

antibiotic.

Saya percaya sangat dengan penyusuan ibu sangat baik untuk bayi. Sebab

itu saya berjuang dlm penyusuan ibu. Namun, bukan semua antibodi yg

specific utk semua kuman di dunia ada dalam susu ibu. Yang banyak dlm

susu ibu adalah IgA yg menghalang perlekatan kuman & toksin terutama

dlm usus bayi. Namun, antibodi yg specific spt IgM & IgG hanya

sedikit. Kandungannya amat bergantung kpd kandungan antibodi specific

dlm tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi e.g pertusis & bayi pula

dijangkiti pertusis....bayi akan mengalami simptom yg boleh mmbawa

maut!! Kita orang dewasa punya askar yg kuat utk melawan

kuman...tetapi bayi tidak kuat!! Malah, vaksin yg kita dapat sms kecil

bukannya mmberi perlindungan sepanjang hayat..antibodi yg terhasil

dulu sudah berkurangan dlm tubuh kita. Justeru, para ibu janganlah

ingat kita ada semua antibodi dr vaksin yg kita pernah dapat. Kita

orang dewasa bolehlah mengamalkan semua mknn sunnah spt madu,

kurma...tpi bayi kecil belum boleh diberikan mknn tersebut. Mereka

perlu dibantu dgn pemberian vaksin juga utk mencegah.

Sekiranya anda khuatir tentang proses pembuatannya, maka anda kena

belajar dulu untuk jadi saintis, baru anda boleh mengatakan

keburukannya.
Anda tidak faham apa maksud rekombinan sbb itu anda melatah.
Ok, rekombinan adalah teknik yg menggunakan unsur asal spt mengambil

serum @ darah manusia utk mendapatkan DNA, & melakukan pengubahsuaian

spt memotong, menyambung rngkaian DNA tersebut & menghasilkan

rekombinan serum albumin. Pengklonan berlaku utk menghasilkn produk yg

banyk & bukannya saintis menggunakan serum manusia yg sebenar!! Ok,

ttg monkey kidney cell : mereka yg cerdik pandai telah menghasilkan

kultur sel dari yg sel yg sebenar dari monkey. Sel asal dikembang

biakkan utk jadi banyak dlm makmal & digunakan pula utk membiakkan

virus. Para saintis tidaklah kejam samgat nak bunuh beribu ribu monyet

just utk produce vaksin. Mereka mengambil cell asal tu pun bukan

dengan membunuh monyet tersebut. Dan yang saintis ambil, bukan sel

monyet tuh untuk masuk dlm tubuh manusi. Mereka ambil particle

bacteria @ virus yg telah dibiakkan itu je...mcam kita tanam sayur,

kita bukan makan tanahnya kan... Kita ambil sayurnya aje....

Then, Eagle MEM modified medium tuh pulak bukannya ambil cell dari

helang!!! Klu tak tau...bertanya dulu yer!! Itu adalah larutan medium

yg digunakan utk mengkultur sel secara sintetik!! Eagle tuh adalah

sempena nama saintis yg menemui kaedah tersebut iaitu Harry Eagle.

Hmm...tuh laa, cepat sangat buat spekulasi!!

Serum protein anak lembu...bukan perlu membunuh anak lembu utk

dapatkan darahnya. Macam kita diambil darah, adakah doktor bunuh kita

dulu? Hehe...lawak betul pemikiran anda yg benci sgt dgn vaksin nih.

Dah tak perlu pikir pasal sembelih @ tidak!!

Ok, human lung fibroblast tuh, mereka saintis nak buat kajian perlu

mengikut protokol & etika perubatan. Mereka bukan semberono ambil tisu

paru2 manusia then bagi kat baby!! Mereka ambil tisu fibroblast dr

paru paru2 janin yg telah keguguran. Itupun mereka ambil setelah

mendapat keizinan dari ibu bapa yg tidak mahu menanam fetus yg lebih

kurang 10-16 minggu. Tisu paru2 tersebut di kultur & dibiakkan dgn

banyak...untuk menjadi medium pembiakan bacteria @ virus. Mereka bukan

mengambil beribu ribu janin utk ambil fibroblast tuh. Kalian ni ingat

senang ke nak ambil tisu fibroblast dr janin yg kecil mcm tuh.?? Sbb

itu mereka guna teknik kultur!! Ada faham?? Dan macam monkey kidney

cell tuh juga, bukan mereka ambil lung fibroblast tuh masuk dlm

vaksin! Mereka ambil virusnya aje.

Then, dlam insert kertas dlm vaccine tersebut amat tulus memberitahu

professional perubatan ttg apa medium & bahan kimia yg digunakan dlm

proses pembuatan vaksin. Mereka yg bukan ahli perubatan tidsk layak &

sepatutnya membaca apa yg tertuilis sbb bila anda membacanya, semua

akan jadi melatah macam kes nih lah

Pernah tak anda tengok mee segera & mknn segera yg anda makan dgn

tulusnya menceritakan cara pemprosesan & apa sebenarnya bahan kimia yg

digunakan?? Tak da kan?? Mereka sbnrnya menggunkan bahan kima yg juga

merbahaya pada manusia spt saccharin, cyclamate (dlm proses minuman

segera), nitrosamin (proses buat keju, korney, ham) dll yg semua

toksik. Tapi, klu mereka bgtau, pasti semua manusia dah tak beli

produk makanan dr kilang. So, fikir fikirkanlah, sebenarnya apa yg

anda mkan termasuk sayur yg anda beli kat pasar tuh pun semua

mengandungi bhn kimia berbahaya. Tapi tubuh kita pandai, & insya Allah

mampu utk menyahbuangkn toksik tersebut dgn amalan pemakanan

Rasulullah saw.
Berblik kpd vaksin, memang bahan kimia tersebut ada digunakan utk

pembuatannya. Klu tak da bahan kimia dalam dunia nih, tak taulah kita

semua nih jadi macam zaman neopolitan lagi kot...semua guna sumber

bahan asli...hehe
Formaldehyde bukan dimasukkan dlm vaksin tetapi digunskan dlm proses

mengkulturkan sel supaya sentiasa segar utk pembiakan virus. Klu saya

cerita panjang ttg bahan kimia yg lain, alamatnya saya tak makan &

mandi berhari2 sbb ceritanya terlalu panjang. So, dipendekkan disini,

tiada bahan kimia, tiadalah sebarang prouk dari kilang di muka bumi

ini ok...Wassalam

admin mntak maaf jika keterangan terlalu panjang..tp luangkan la masa

untuk membaca info yg sgt berguna ini...

via @kelab ibu sayang anak...


So, nak cucuk ke tak?Terpulang.. Cikgu pilih cucukla sebagai langkah pencegahan...Kan mencegah lebih baik dari merawat?

Wallahua'lam

Vaksin?Nak cucuk ke tak? Sila baca sampai habis!!! Vaksin?Nak cucuk ke tak? Sila baca sampai habis!!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 19, 2013 Rating: 5

PTPTN OH PTPTN..

Selasa, September 17, 2013
Assalamualaikum..

Berapa ramai lagi yang masih ada hutang PTPTN? Sila angkat tangan!! Saya!Saya!

Uhuhuhu..sekarang tgh ada diskaun untuk bayaran balik..20 peratus untuk bayaran langsam..ada sapa2 nak tlg bayarkan tak?


Masa amik..suka je..


Untungler kalau gini..

Tak perlulah sampai macam ni..

atau macam ni..


kan bagus kalau macam ni...


Tapi klu fikir2kan balik..benda apa yang 'free' zaman sekarang ni?

Masuk toilet pun dah berbayar..

Apa2 pun, dah namanya hutang..Wajib dibayar..Cuma masih mengharap hutang itu akan ada org tolong bayar..hehehe..Jangan marah2..senyum(^_^)

Wallahua'lam
PTPTN OH PTPTN.. PTPTN OH PTPTN.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 17, 2013 Rating: 5

wordless..

Rabu, September 11, 2013

wordless.. wordless.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 11, 2013 Rating: 5

Hujan dan Exam

Selasa, September 10, 2013
Assalamualaikum..

Hari ni hujan renyai2 sepanjang hari..cuaca jadi sejuk je..kena pulak kertas percubaan hari ni subjek yang cikgu ngajor..Fizik..memang tenang dan aman budak2 menjawabnya..(rasa2nyer lah..hehe)

Sebenarnya taktau nak buat entry apa..sejak kenaikan harga minyak tempoh hari..oops..bukan minyak naik..subsidi dikurangkan je,(tu pun nak kecoh?) , minda cikgu menjadi 'blur' buat seketika..(hekeleh..alasan!!)



Esok nak kena 'observe' dengan guru kanan plak..'blur' lagi..

Oklah, nak cari soalan nak tanya budak2 kelas jap lagi..Nanti2 kita sembang len..

p/s : sapa2 nak duit cepat jomla kita join 8share..klik sini ye.. Cikgu pun dah join sejak semalam dan tgk dalam akaun dah ada dua ringgit empat kupang..jadila..leh dapat seliter minyak dah tu,kan?..(^_^)

Wassalam
Hujan dan Exam Hujan dan Exam Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 10, 2013 Rating: 5

Petua Cerai susu..

Isnin, September 09, 2013
Assalamualaikum..

Cuma berkongsi suatu petua yang pernah dibaca dan cuba diamalkan..Alhamdulillah masa dgn anak sulung dulu berkesan. Untuk anak kedua ni tgg umur dia dua tahun nanti akan cuba semula.

Semoga bermanfaat!!

Ni petua MIL saya

Kena buat pada hari anak lahir (maknanya kalau lahir hari Jumaat, kena buat petua ni hari jumaat jugak, kalau buat hari lain, tak menjadi)

Ambil asam jawa, lebih kurang besar ibu jari
Lumurkan pada sekitar nipple dan areolar, sambil tu niat dan doa dalam hati agar anak tu stop menyusu.
Lepas tu buang asam jawa tu dalam lubang toilet, simbah/flush

MIL dah berkali2 dok bagi petua ni kat saya dan SIL, tapi kami dua2 orang buat donno jer..





                                         gambar ni cedok dari sini..mintak halal ye tuan punya blog

Kalau ada petua2 yang lain,silakanlah berkongsi ye..sharing is caring..hehe..(^_^)

Wallahua'lam


Petua Cerai susu.. Petua Cerai susu.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 09, 2013 Rating: 5

UdANG gALah MasAk LEmaK..ko Ader?

Khamis, September 05, 2013
Assalamualaikum

Sabtu baru ni cikgu berjaya membawa pulang 1 1/2 kg udang galah dari teluk intan ke kampung. Jelas tak?Hehe..sapa yang mengidam..sila jangan skroll bawah,kang jenuh nak mencari..tambah2 musim hujan ni..hehehe..

Makanya, dengan hebatnya bonda cikgu (sebenarnya mak yang dah lama mengidam nak makan udang galah) ni terus memikirkan menu apa nak dibuat dengan udang yang merantau dari jauh ni.

 ok encik udang, sila senyum sket..

tengok tu udang ni kenyit mata dia..ala2 cumel gitew..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa...Inilah jadinya...

Ha,amik!Segar dari dalam perik lagi cikgu bagi..mana mau dapat?

Jom kita teropong resepi dia sket:

UDANG GALAH MASAK LEMAK GAYA BUNDA

Bahan2:
- udang galah
- serbuk kunyit
- serai
- bawang merah (potong empat)
- cili padi (mak letak 10 bijik je..kalau suka pedas letak 100 genggam biji br mau kuar api cam biawak naga.haha!)
- bawang besar
- daun kunyit
- gula
- garam
- santan
- cabai besar (hiasan)

Cara2:
1. Kisar bawang merah, serai, cili padi dengan sedikit air.
2. Tuang bahan dikisar tadi ke atas udang dalam periuk dan letak serbuk kunyit secukup rasa. Masak dulu sebentar.
3. Agak2 dah sebati (kuar air udang sket) boleh masuk santan.
4. Tambah gula,garam dan daun kunyit yang diracik halus.
5. Untuk masak lemak ni,kita kena selalu kacau2 supaya tak naik pecah minyak..klu tak jadi kari.huhu..
6. Agak2 dah mendidih masukkan bawang besar dan  cabai besar dan tutup api..dah siap

Senang kan?

Tryla..sedap tau!!!

Wassalam



UdANG gALah MasAk LEmaK..ko Ader? UdANG gALah MasAk LEmaK..ko Ader? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 05, 2013 Rating: 5

Razin dan 20 sen..(^_^)

Rabu, September 04, 2013

Razin dan 20 sen..(^_^) Razin dan 20 sen..(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 04, 2013 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.