Seo Services

CAmPak?

Assalamualaikum..

Maaf lama x update blog..sibuk dgn macam2 dugaan yang dtg tiba2..

Bermula ahad dua minggu sudah, razin menunjukkan tanda2 macam nak demam..Adik mula merengek2 manja dan memerapkan diri..

Isnin - sy ke sekolah seperti biasa dan pulang lewat ptg sbb menguruskan jualan kelab usahawan muda sempena hari kokurikulum..Hampir pukul 6 ptg baru ambik depa dua dari rumah pengasuh. Masa amik tu, badan adik panas sgt,si pengasuh dia siap pakaikan stoking..saya dah mula rasa tak sedap hati,cepat2 tanggalkan stoking dan masukkan adik dlm keta..tgk2 adik muntah..panas kena badan saya. Terus saya kuaqkan dari keta dan bukak baju adik,pasang ekon keta kuat2 dan bawak balik depa dua ke rumah..Susah hati sepanjang jalan hanya Allah yang tau.

Sampai saja ke rumah terus mandikan adik dan pakaikan pampers saja..Dah sedia juga menjerlum kepala si abang..Abah depa balik masa maghrib macam besa. Dan malam tu bermulalah sesi tidoq tak lena saya dan suami.

Selasa - saya dan suami ambik cuti jaga depa dua..Badan dah mula naik bijik2 macam ruam penuh badan, muka sampai kaki. Bawak depa dua ke klinik Azhar. Badan masih panas.

Rabu - Pergi juga ke sekolah untuk selesaikan tugasan Kelab sempena Hari Kokurikulum..deal dgn supplier air dan makanan..Hati memang dok ingat kat anak ja..Petang tu abah depa amik mc sbb dia pon dah rasa nak demam..Dema depa dua masih tak kebah..Ruam masih penuh badan.




Khamis - Saya ke sekolah. Hari ni hari anugerah kokurikulum. Walaupun kelab usahawan muda dapat anugerah tapi sy tak hepi sbb risaukan anak2. Dua beradik masih demam. Saya dan suami buat keputusan tarik diri drp ikut lawatan..Razin masih belum sembuh..adik badan dah kurang demam tapi bijik masih ada..panas sekali sekala. razin pula tgh malam akan bagun meracau2.Ayat rukyah mmg snetiasa berkumandang dlmm rumah.






Jumaat - Minta izin balik awai kul 11.30 pg bawak depa dua ke klinik sekali lagi. Kali ni klinik cina - Ong dan Sieh di Langkap. Keja2 kat sekolah dh dapat setel pg tadi.alhamdulillah..Pas makan ubat klinik ni badan razin baru rasa biasa..dah tak panas..tapi tgh malam tu dia meracau lagi..dan suhu badan naik balik.

Sabtu - saya dan suami dok diam2 di rumah melayan dua beradik..Adik dah tak demam..Biji pon dh hilang dr badan tap abagnya masih demam. Biji dah tiada..Malam,dia meracau lagi..Kami dah susah hati. rasa ni bukan dema biasa tapi mungkin ada 'gangguan'.

Ahad - Depa dua beradik dah aktif tapi razin badan masih panas. Syukurlah depa dua dah boleh makan ubat. Razin lalu je makan..Adik cuma mahu menyusu. Syukur sya BF adik sepenuhnya. Maka, adik aktif macam biasa. Dah pakaikan baju..Kli tak, asyik berbolen2 je depa dua. Malam td nak tidoq, hubby teringat perfume kasturi emas yang Gold tu sesuai sbg pendidning, dia macakan 3 qul dan calit2 kat razin dan rafif..alhamdulillah malam tadi kami aman dari rengekan razin mahupun rafif..syukur

Dan pagi ini, sya ke sekolah seperti biasa. Gigih menyiapkan segala tugasan sbelum sekolah mula bercuti panjang.

Rabu dan Khamis minggu ni saya akan hadiri meyuarat pengawas SPM. Alhamdulillah dpt bertugas satu sekolah dgn suami.

Kesimpulannya, kalau anak demam mmg hati ibu dan ayah sangat tak tenteram. Teringat pada mak dan ayah di kampung. Pernah dengar suatu hadis tapi tak pasti bunyinya macamana tapi yang saya ingat, kasihnya Allah kepada hambaNya melebihi kasihnya ibu kepada anaknya...Masya Allah..Allahuakbar!

Wallahua'lam





CAmPak? CAmPak? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 28, 2013 Rating: 5

10 ulasan:

  1. Betul tu bila anak2 tak sihat mak ayah sama jadi tak sihat emosi. Akak walaupun anak2 dah besar perasaan tu tetap sama.

    BalasPadam
  2. betul, risau sangat.lagi2 sakit demam diorang..tula cabaran ibu ayah membesarkan anak..anak sakit. mak ayah pun turut sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah jadi parents, baru tau perasaan bergelar ibu dan ayah..baru nak teringat pengorbanan mak dan ayah..terharu sgt

      Padam
  3. syukur lah dah baik demam 2 beradik tu. Yg gmbr atas tu razin ke adiknya rafif? Comel sgt.

    BalasPadam
  4. Salam teacher,
    Kemarin da datang.. tp susah nak comment. :) Arini laju skit internet.
    Insya Allah teacher, kita berikhtiar. Moga anak2 cepat sembuh sprt sediakala.
    Tahniah jadi guru penasihat terbaik! :)

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.