Seo Services

Pulang

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah 14 hari Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu.

Buat yang masih ada ibu masih ada ayah, berapa kali dalam sebulan, seminggu, sehari anda telefon atau bertanyakan khabar ibu dan ayah di kampung?

In shaa Allah kami sekeluarga pulang ke Kedah minggu ni untuk melepas rindu buat keluarga. Berbuka puasa dan meraikan ibu dan ayah. Semoga beroleh restu mereka dalam menempuh hari muka.

Tetiba teringat kisah seorang rakan, menceritakan dia pernah mendengar sebuah rancangan di radio, soal jawab seseorang dengan Ustaz.

Penanya: Ustaz, saya mempunyai keluarga bahagia, kerjaya yang bagus, anak2 yang berjaya, senang kata saya ada segalanya dalam kehidupan. Saya juga sentiasa beribadat dan bangun solat malam. Tetapi, kenapa hati saya masih tak tenang?

Ustaz: Saudara masih ada ibu/ayah? Bagaimana hubungan saudara dgn mereka?

Penanya: Baik ustaz. Saya selalu pulang dan menjenguk mereka.

Ustaz: Erm..cuba saudara balik. Fikir semula baik2. Mungkin ada sebarang tingkah laku atau apa2 yang pernah dilakukan yang secara tidak sedar pernah menyakiti atau mengguris perasaan siapa2. Bukannya senang, umpama mencari jarum dalam jerami.

Lelaki tersebut berfikir dan bermunajat kepada Allah. Kemudian, beliau teringatkan satu tindakan beliau pada masa beliau seorang pelajar yang pernah meninggikan suara kepada ibu semasa ditegur mengenakan pakaian yang kurang sopan.


Dengan segera, tanpa tangguh beliau pulang ke kampung dan sampai pada subuh yang hening. Terkejut sang ibu melihat si anak di depan mata secara tiba-tiba. Sambil mencium tangan ibu, serta menangis teresak2, sang anak memohon maaf dengan menyebut kesalahannya secara spesifik. Tiba-tiba, keluar dari mulut ibu, " Andai engkau tidak meminta maaf tentang hal ini, pasti sampai bila-bila ibu masih berkecil hati dan tidak maafkan kamu". Allahuakbar! Barulah sang anak merasa tenang selepas itu.

Kesimpulannya, hati ibu perlu dijaga. Jangan sekali-kali kita berkasar dengan mereka. Tanpa redho mereka, pasti tiada juga redho Allah.

Pesanan juga buat para ibu, sentiasa maafkan kesalahan sang anak. Kesian anak yang baik andai ada sekelumit rasa tidak puas hati sang ibu, neraka buatnya. Nauzubillah.

Wassalam.
Pulang Pulang Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 11, 2014 Rating: 5

2 ulasan:

  1. selamat balik kampung ye kak..hati-hati di jalan raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sal..alhamdulillah skrg sedang menikmati udara nyaman di kampung (^_^)

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.