Seo Services

Rehatlah duhai guru (^_^)

Rabu, November 26, 2014
Berehatlah wahai guru
Rungkaikan lelah mu menyemak buku
Bersantailah wahai guru
Yang kering tekak meluang menumpah ilmu

Rehatlah wahai guru rehatkan kakimu
Dari lenguh berdiri mengajar ilmu di buku
Waktu itu rehat kita terisi
Dengan rancangan misi
Dan visi tahun yang menanti
Waktu itu rehat kita mencari
Inti buat mengajar lebih kreatif
Waktu itu rehat kita
Mungkin terisi dengan kursus
Yang hadir emergency

Gembiralah para ibu bapa
Jaga anak 24 jam yang ada
Perhatikan mereka agar
Tiada jatuh dan luka
Jangan dibiar menatap
TV dan komputer cuma
Nanti malasnya berlemak bertimpa-timpa
Sukarlah guru nak membakar kalorinya

Pantaulah disiplin saat bersama
Agar tertib olah dan lakunya
Isikan masanya
Dengan perkara berguna
Ibadah dan solat tegaskan sentiasa

Guru tiada sebulan lebih cuma
Awal tahun nanti kami
Sambut semula

Tahun depan cikgu akan rindukan kalian..Terbanglah tinggi-tinggi dan kejar cita-cita kalian.
"SPM Students Batch 2014"
Good Luck!
Rehatlah duhai guru (^_^) Rehatlah duhai guru (^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 26, 2014 Rating: 5

Korang ni bijak sebenarnya!

Khamis, November 20, 2014
Assalamualaikum

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Namun, berita sedih menyusul semalam.

Salah seorang calon SPM telah kembali ke rahmatullah pada waktu maghrib semalam, 19/11/2014 akibat kemalangan. Innalillah..Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al Fatihah.

Pelajar-pelajar saya yang rapat dengan arwah sedikit terkesan dengan kemalangan tersebut dan hal ini sedikit sebanyak mengganggu emosi mereka. Saya turut merasa kasihan namun dalam masa yang sama berusaha memotivasi mereka pagi tadi.

"Yang telah pergi, urusan mereka di dunia telah selesai. Kita yang masih hidup ini perlu berjuang meneruskan kehidupan. Jangan terlalu dilayankan perasaan sedih itu. Kita doakan semoga mereka yang pergi diterima di sisi Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Buat anak-anak didik cikgu, kalian lebih bijak daripada yang kalian tahu. Cikgu yakin kalian boleh. Semoga peristiwa ini tidak melunturkan semangat kalian.

Berjuanglah anak-anakku!

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhamad Syahazri Bin Mohd Zainal
Takziah buat keluarga arwah


 
Teruskan perjuangan kalian. Semoga kejayaan milik kalian di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Korang ni bijak sebenarnya! Korang ni bijak sebenarnya! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 20, 2014 Rating: 5

Jangan biarkan 'ia' terus mengganggu anda!!

Rabu, November 19, 2014
Assalamualaikum

Selalu bersin waktu pagi?
Hidung sentiasa berair dan rasa ketat je?
Alahan terhadap habuk, makanan laut dan seumpamanya?

Anda mungkin menghidap RESDUNG. Jangan biarkan ia terus mengganggu.

Jom dapatkan penawar resdung yang in shaa Allah mujarab ini!

(^_____________________________________^)







 Pm/whatapps: 013-5819100 (Basariah)


Wassalam.
Jangan biarkan 'ia' terus mengganggu anda!! Jangan biarkan 'ia' terus mengganggu anda!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 19, 2014 Rating: 5

Konvokesyen Pasti Al-Ikhwan 2014

Rabu, November 19, 2014




Konvokesyen Pasti Al-Ikhwan 2014 Konvokesyen Pasti Al-Ikhwan 2014 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 19, 2014 Rating: 5

Year End Sales!

Selasa, November 18, 2014
Assalamualaikum

Hari ni nak buat promosi sket..

Inginkan wangian yang sesuai untuk anda?

Wangian juga adalah santapan roh semoga lebih sihat dan cergas.

Mari dapatkan set kasturi emas terdiri dari wangian badan (boleh pilih haruman kasturi putih, kasturi kijang atau bunga-bungaan) dan wangian kereta dan kediaman, medicar.

Khas buat pembaca blog ini, set ini berharga RM 60 / RM 65 (Sabah dan Sarawak). Kos pos adalah PERCUMA! 

Promosi ini akan berakhir pada bila-bila masa sahaja. Jom dapatkan sekarang!!!!



P/s: Hadiah misteri menanti pembeli bertuah (^_^)

Pm/Whatapps : 013-5819100 (Basariah) / 013-4809100 (Nasron)  - Agen Kasturi Emas
Year End Sales! Year End Sales! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 18, 2014 Rating: 5

Pecutan akhir

Isnin, November 17, 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah berakhir sesi pecutan akhir dengan pelajar 5 Ibnu Sina calon harapan saya bagi mata pelajaran Fizik.

Semoga segala ilmu yang dicurah dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya

Berjuanglah anak-anak didik cikgu. Semoga kalian mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Doa cikgu mengiringi kalian. Segala ilmu yang diberi cikgu halalkan di dunia dan di akhirat.

(^___________________________^)


Pecutan akhir Pecutan akhir Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 17, 2014 Rating: 5

Ops bubur asyura

Jumaat, November 14, 2014
Assalamualaikum

Korang sedar tak bulan muharram sudah melewati pertengahan?

Masa saya kecik-kecik bulan Muharram ni sinonim dengan lagu "1 muharram detik permulaan..permulaan tahun Islam hijrah..perpindahan nabi dan umat Islam dari kota mekah ke kota madinah....."

Satu lagi, bulan muharram ni sinonim dengan makanan yang hanya ditemui setahun sekali iaitu bubur asyura a.k.a buboq sora..Yummy!!!

Balik kampung baru ni tak sempat nak tangkap gambar bubur sora tu..tengok-tengk dah hampir licik masuk perut dan diagih-agihkan..(Padahal ops mengacaunya dibuat di sekolah abang..hihi)

Sekolah saya akan menjalankan projek mengacau bubur asyura pada minggu hadapan..Oh, tak sabarnya!

Tapi minggu hadapan juga akan jadi minggu yang mendebarkan buat saya sebab kertas SPM Fizik dan Sains (subjek yang saya ajar) akan berlangsung pada hari Khamis!!!Oh, Seramnya!!!

P/S: Gambar tiada mengena dengan tajuk..maaf noooo (^_^)

Wassalam
Ops bubur asyura Ops bubur asyura Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 14, 2014 Rating: 5

Sunat hari jumaat

Jumaat, November 14, 2014

Sunat hari jumaat Sunat hari jumaat Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 14, 2014 Rating: 5

Resdung memang merimaskan!! (Part 2)

Khamis, November 13, 2014
Assalamualaikum

4 Fakta yang menakutkan tentang resdung @ sinusitis

#Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

#Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

#Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

#Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

================================

Tahukah anda semua orang menghidap resdung?

Tapi bukan semua orang teruk dan memerlukan rawatan

Lihat simptom dan tanda-tanda di bawah

Jika ada, maka sah la anda resdung

•Sering mengalami hidung tersumbat
•Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
•Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
•Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
•Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
•Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
•Mengalami jerawat di muka dan badan
•Nafas berbau
•Kulit kepala berkelumumur gatal dan rambut gugur
•Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

Masalah resdung jangan dipandang ringan, tanpa rawatan ia bertambah parah
================================

Tahukah anda,resdung ada dua jenis :

1. AKUT

*Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung.

*Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.

*Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.

*Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

*Antara ciri-cirinya ialah :

#Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.

#Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. * Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2.KRONIK

*Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.

*Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

#Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

#Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

#Kerap bersin pada waktu pagi

#Ada kalanya hidung tersumbat tanpa demam tetapi hingus bertambah

#Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala

#Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk.

#Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

 
Mahukah anda mendapatkan penawar untuk masalah di atas?

Jom,cuba penawar resdung kami.


 
7 Sebab mengapa Anda mesti cuba penawar resdung kami

- Diperbuat dari herba dan bahan semulajadi 100%
-Bebas Steroid
- Murah
-Jimat masa
-Tidak perlu bergantung
-Tidak perlu rawatan lain yang leceh
-Mudah dan terbukti mujarab

Juga mujarab merawat selsema,alahan,bersin,lelah,sakit kepala,gatal tekak,pening,sakit gigi,sakit mata dan sakit telinga akibat resdung


*PM,SMS atau Whatsapp 0135819100 (Basariah) 


Wassalam.
Resdung memang merimaskan!! (Part 2) Resdung memang merimaskan!! (Part 2) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 13, 2014 Rating: 5

Resdung memang merimaskan!

Rabu, November 12, 2014

Assalamualaikum

Korang tau tak yang semua orang ada resdung?

Saya dulu penghidap resdung yang kronik. Masa kecik-kecik dulu, setiap kali bangun pagi mesti bersin dan genyeh2 hidung sampai rasa nak tercabut. Gatal sangat!!!

Dulu kat tepi hidung tu sampai keluar kuping..saya asyik kunas je kuping tu sampai kadang-kadang berdarah dan pedih. Pastu kesan dia hitam kat sekeliling hidung. 

Eeewwww!! Sangat mengerikan untuk diingati..

Satu hari tu, arwah nenek saya bawa pulang sejenis ubat dalam kapsul warna hijau kuning (kaler kedah tu u oll!!).

Saya makan ubat tu..Syukur alhamdulillah. Segala gatal-gatal dan penderitaan saya berakhir..Sayang arwah nenek. Al-Fatihah.

Seingat saya, yang buat ubat tu kawan arwah nenek. Tak lama selepas tu dia meninggal dan memang saya dah tak jumpa ubat resdung yang berkesan macam tu. Sehinggalah..jeng..jeng..jeng..


Boleh layari page ni ye.. http://pilresdung.com/senarai-agen/

Satu hari masa syok-syok saya layari fb, salah seorang kenalan fb saya jual ubat resdung macam kat bawah ni. Saya try beli sebotol.

Memula memang rasa macam..mahal giler! Sebiji dekat rm1 tu..tapi, ya Allah, syukur sangat, ubat ini memang terasa kemujarabannya. Makan baru sebiji dua, segala gatal-gatal hidung terus hilang! 

Saya juga makan ubat ni masa nak kena selsema..Dengan izin Allah terus tak jadi selsema.

Serius! Saya tak tipu pasal ini. Disebabkan saya yakin Allah temukan saya dengan ubat yang baik, maka saya pon jadi agen (^___________^)

 
Dah hampir 50 botol ubat ni saya jual. Kebanyakan yang beli akan 'repeat' order sebab ubat ni sangat 'best' dan tiada kesan sampingan. Kapsul dia halal dan diperbuat dari PULUT! Saya dah 'try' rendam, memang akan hancur selepas beberapa jam.

Klu tak suka makan dengan kapsul, boleh buka dan tuang dalam air suam. Rasa dia langsung tak pahit. Betul ni, x tipu!

Jadi, kalau anda ada simptom-simptom kat bawah ni, eloklah cuba makan ubat ini. In shaa Allah mujarab tanpa kesan sampingan. Yang paling best, kita tak perlu bergantung kepada ubat ini. Makan bila perlu sahaja apabila dah sembuh dari penyakit (^____^)


•Sering mengalami hidung tersumbat
•Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
•Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
•Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
•Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
•Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
•Mengalami jerawat di muka dan badan
•Nafas berbau
•Kulit kepala berkelumumur gatal dan rambut gugur
•Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

  Ni antara testimoni orang yang pernah makan ubat ni:



Sebotol berharga Rm 30 dan ada 35 biji dalam setiap botol.

Pos Rm 6 semenanjung dan Rm 10 untuk Sabah dan Sarawak.

Nak murah lagi?

2 unit :RM65 / RM 69 (ss)
3 unit : RM94 / RM 98 (ss)
4 unit : RM122 / RM 126 (ss)
5 unit : RM150 / RM154 (ss)


(termasuk pos!!!) 

Nak COD? Boleh aje tapi area Teluk Intan, Langkap dan Chenderong Balai je setakat ni.

Sapa nak roger ye..

Wassalam.


Resdung memang merimaskan! Resdung memang merimaskan! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 12, 2014 Rating: 5

Menjelang cuti hujung tahun

Selasa, November 11, 2014
Assalamualaikum

Kurang lebih seminggu sahaja lagi sekolah akan mula bercuti.

Suasana di sekolah agak sibuk walaupun pelajar kelihatan semakin kurang. Skrip jawapan peperiksaan akhir tahun juga telah selesai ditanda. Tiba masanya memasukkan markah ke dalam sistem online.

Guru-guru tingkatan 1-3 pula masih sibuk dengan PBS yang tak selesai-selesai..kesian..

Pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 pula sibuk dengan peperiksaan SPM dan STPM.

Ibu bapa yang bekerja mungkin telah mula merencana aktiviti cuti sekolah untuk anak masing-masing.

Pesanan saya, pastikan cuti sekolah anak-anak diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Luangkan masa dengan anak-anak. Cuti sekolah sepatutnya menjadi masa mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kadang kala kami di sekolah merasakan seolah-olah menjadi 'nanny' kepada anak-anak didik ini. Ramai yang kegersangan kasih sayang. Luangkan sedikit masa kita dengan mereka tambahan lagi di musim cuti ini.

Usah biarkan anak-anak mencari kasih sayang dari individu yang tidak sepatut dan selayaknya.

Apa plan anda? Jom kongsikan!


Wassalam

Menjelang cuti hujung tahun Menjelang cuti hujung tahun Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 11, 2014 Rating: 5

Gst?

Isnin, November 10, 2014
Assalamualaikum

Minggu lepas meninjau-nijau harga rumah di sekitar Langkap dan Teluk Intan ini..

Fuyooo!

Harga rumah semakin mahal. Rumah teres biasa sahaja telah mencecah hampir rm200k.

Ini harga di Teluk Intan. Belum lagi di  Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan tempat-tempat yang maju..hmmmmmm...

Sembang-sembang santai dengan pemaju katanya harga rumah akan mencanak naik lagi selepas GST dikenakan..

Korang tau tak GST tu apa?

Pelik pulak sebab klu ikut pembacaan saya patutnya pengguna lebih untung selepas GST dilaksanakan tapi lain pula kata pemaju..hmmmm...

 




Semasa saya meng'google' info GST ini ada yang pro dan ada yang cons..Dalam sesetengah situasi nampak macam pengguna akan beroleh keuntungan selepas dikenakan GST ni tapi ada pula yang kata pengguna akan semakin terbeban..yang semakin untung adalah golongan peniaga.hmmm..apa-apapun kita tunggu dan lihat.

Semoga rakyat Malaysia tidak terbeban dengan pelbagai cukai yang boleh menyebabkan yang susah semakin susah dan yang agak-agak senang dah tak merasa senang..huhu..

Wassalam.
Gst? Gst? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 10, 2014 Rating: 5

Getting older

Khamis, November 06, 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 31 tahun berpijak, bernafas, berjalan dan menikmati kehidupan di bumi Allah ini.

Pelbagai suka duka telah ditempuhi.

Anugerah terindah sepanjang hayat yang kunikmati pastinya nikmat iman dan Islam. Syukur ya Allah.

Kusyukuri juga nikmat menjadi isteri buat suami tercinta dan ibu buat dua putera yang cerdas dan cergas..Syukur..syukur ya Allah.

In shaa Allah hari ini akan menghadiahi diri sendiri dengan hadiah termahal yang mampu kubeli mungkin sekali dalam seumur hidup.

Doakan kebaikan buatku ya teman-teman.

(^_____________________________^)

Happy birthday to me!



Wassalam
Getting older Getting older Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 06, 2014 Rating: 5

Debaran

Rabu, November 05, 2014
Assalamualaikum

Syukur kepada Allah kerana membuka jalan setelah satu peluang tertutup.

Pasti ini hikmah yang tersembunyi.

Alhamdulillah..(^_^)

Yakin dan percaya dengan janji Allah.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Yang penting sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakkal kepada Nya.





P/S; Gambar penyeri sekitar hari sukan pasti 2014 yang dianjurkan di taman berhampiran rumah sewa kami..yang paling 'comel' pastinya Muhammad Razin a.k.a abang chaq..hihi (>o<)

Wassalam.
Debaran Debaran Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 05, 2014 Rating: 5

Hikmah

Selasa, November 04, 2014
Assalamualaikum

Kecewa? Frust menonggeng? Marah? Geram? Sebak? Sedih? Pilu?

Semua tu dirasai saat mata menatap keputusan pertukaran yang GAGAL setelah 9 kali memohon.

Tidur x lena, mandi masih basah, otak jadi 'blur'..

Kemudian..saya seolah-olah tersedar..

"Hei! Awat sedih sangat ni? Suami ada di sisi, anak-anak sihat dan ceria.. Selagi keluarga masih di samping, apa yang patut disedihkan?"

Yang paling penting, Allah kan ada.. (T T)

Ya Allah, ku bersyukur disedarkan oleh Mu sebelum aku tanpa segan silu menyalahkan MU atas segala yang berlaku. Ampunkan aku...

Ujian ini sangat kecil. Pasti kami dapat hadapi dengan baik. Setiap ujian yang Allah beri pasti sesuai dengan empunya diri. Bukankan Allah tidak memberatkan hambaNya dengan ujian yang tak mampu dihadapi?

Janji Allah pasti benar.

Sangka baik pasti dapat baik..In shaa Allah..

Senyum ( ^_^)


Wassalam.
Hikmah Hikmah Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 04, 2014 Rating: 5

Sejarah berulang

Isnin, November 03, 2014
Sedih sangat..paling menyedihkan sebab kami tiada rumah untuk diduduki tahun depan..blur sekejap..

(T T)

Huhu...
Sejarah berulang Sejarah berulang Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 03, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.