Salam semua..
Apa khabar iman dan islam anda hari ni? Semoga bertambah baik dengan hidayah daripada Allah..
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang berlaku pada zaman rasulullah..kisah ni memang seringkali dibaca oleh saya sedari kecil cuma baru teringin dikongsikan pada kali ini sejak terbacanya semula dalam majalah Gen Q..
Kisahnya begini..
Pada suatu ketika, tiba-tiba sahaja seorang Arab Badwi masuk ke dalam masjid dan membuang najis kecil di hadapan Rasulullah s.a.w. (Pada masa tersebut masjid bukan macam kita sekarang..hanya tanah sahaja lantainya)
Lalu para sahabat menghampirinya untuk menghalang perbuatannya. Namun Rasulullah s.a.w melarang sahabat-sahabat baginda dengan bersabda : "Jangan kamu putuskan kencingnya."
Kemudian setelah orang Arab Badwi itu selesai, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: "Bahawa masjid-masjid ini tidak patut untuk suatu kotoran, najis kecil dan najis besar."
Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dekatilah dia, jangan kamu jauhkan."
Nampak tak? Betapa mulianya akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah kepada kita? Kalau kita ditempat baginda,agak-agak apa kita akan buat? kalau tak berani marah..mesti paling teruk pun kita akan kutuk dan maki orang tu kat belakang berbaldi2 kan? Astaghfirullahalazim..
Saya juga sempat menonton sebuah rancangan di TV Al-Hijrah bertajuk 'Lau ka Na Bainana' (Andai Rasulullah bersama-sama kita)..Sebuah rancangan realiti TV ala2 Candid Camera yang merakamkan gelagat manusia zaman kini dibandingkan dengan akhlak mulia yang cuba diterapkan oleh Rasulullah..
Dalam satu slot rancangan tersebut, hosnya ada mengimbau peristiwa di mana Rasulullah yang berada di masjid terlihat suatu tompok seakan-akan bekas ludah di dinding masjid..Baginda memandang tompokan tersebut dengan wajah yang sugul..Lalu datang seorang wanita yang perasan situasi itu, mengambil secebis kain lalu membersihkan tompokan tersebut..Serta merta wajah baginda ceria dan gembira..Betapa Rasulullah amat mencintai kebersihan..Subhanallah..
Berdasarkan dua kisah yang saya nukilkan hari ini, jelaslah betapa kita pada zaman sekarang ini sangat berbeza akhlak dengan Rasulullah..Sesama umat Islam pun asyik bertelagah..Anak-anak muda dan golongan pelajar kurang menghormati guru dan ibu-bapa..Masjid tempat kita berkumpul dan beribadat (sepatutnya rumah kedua) semakin dijauhi dan diabaikan..Tandas(terutama tandas awam) sangat kotor dan tidak terjaga kebersihan..Banyak lagila..Mari kita renungkan bersama..
Andai Rasulullah bersama-sama kita pada hari ini, rasa-rasanya kan apa baginda akan lakukan?
Sekadar peringatan buat diri kita yang mudah lupa..
Wallahua'lam

Tepuk dada tanya iman..
Sekadar peringatan buat diri kita yang mudah lupa..
Wallahua'lam
Maka bersabarlah...
Reviewed by Teacher Basariah
on
Jumaat, September 09, 2011
Rating:
Bagaimanakah anak2 muda hendak berjinak dengan masjid andainya terlalu banyak pantang larang yang sengaja diciptakan? Bert-shirt dan berseluar jeans masuk ke masjid dipandang serong. Apalah salahnya dibiarkan dulu mereka masuk dan kemudian dibimbing secara berhemah. Ini tidak, silap2 disebarkan gambar seolah2 anak muda itu telah melakukan kesalahan yang sangat besar. :(
BalasPadamWallahhuaklam.
Assalamaualaikum..:)
BalasPadamandailah kesabaran ada pada setiap hati antara kita....pasti tiada sengketaannya.....
cerita yg bagus..agree=)
BalasPadamgood ..
BalasPadamjom baca ni jap, jangan lepaskan peluang ni... tawaran hebat untuk anda...
betui setuju sgt.. sifat kita sekarang amatlah jauh dari sifat baginda.. hinggakan anak2 muda makin menjauhi rumah Allah
BalasPadamAlangkah jauhnya kita dgn zaman baginda Rasul SAW. Rindunya pd baginda yg mampu selamatkan kita yg jahil lg x punya akal sebijaksana baginda...huhu. Teacher Basariah, Ninie pn teacher jugak...kita geng!!
BalasPadamDoodle akak dh siap...Ninie dh post kt entry ni...harap suka. =)
BalasPadamhttp://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/for-cikgu-basariahungu-violet-espiranza.html