Rabu, September 07, 2011

Mencintai Keikhlasan...

Salam semua..

Apa khabar iman dan islam hari ni?

Pagi ni sambil menjaga budak2 menghadapi percubaan SPM sempat jugak saya membelek2 buku GEN Q isu 1..dah lama beli tapi baru pagi ni rasa nak luangkan masa membacanya..tajuknya macam tajuk entry ni la.."MENCINTAI KEIKHLASAN"..bagus sangat majalah ni..sesuai untuk remaja..tapi rasanya tak ramai remaja zaman sekarang yang suka layan majalah ilmiah macam ni..nak ngadap buku teks dan buku nak periksa pon jenuh dipaksa2..huhu..


"Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun.Apa yang diinginkannya ialah reda Allah s.w.t.." - tulisan menyentak hati drp Sdr. Faiz M. Azhari

Mampukah kita mencapai darjat keihklasan yang sebenar?

"Ikhlas bukan dinilai melalui banyaknya amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan,ia merupakah suatu sikap yang sangat sukar dicapai oleh umat Islam"
- Ustaz Muhammad Yusuf A.Kadir

Bagi saya, nak melafazkan perkataan ikhlas tu mudah namun nak melaksanakan sesuatu dengan ihklas sangat sukar..Hanya Allah dapat menilai keikhlasan hambaNYa..

Saranan saya kepada rakan blogger, andai ada anak remaja dirumah bolehlah diperkenalkan dengan majalah ini..Majalah ini agak padat dengan tulisan namun tetap diselitkan dengan ilustrasi yang kelakar dan menarik..maka peranan kita untuk mempermudahcara(boleh baca bersama-sama dan perjelaskan perkara yang mungkin agak sukar difahami atau terlalu tinggi bagi mereka) agar anak-anak remaja di luar sana dapat menghayati hasil penulisannya..Semoga kita mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Wallahua'lam

5 ulasan:

  1. Ikhlas mudah disebut, tapi adakalanya kita sendiri keliru apakah kita sebenarnya memang betul2 ikhlas...

    BalasPadam
  2. betul tu Teacher, ikhlas memang mudah dilafaskan, tapi apakah kita mampu mengikhlaskan itu yang penting,

    BalasPadam
  3. semoga kita sentiasa ikhlas dlm apa jua yg diceburi! dan mendapat keredhaanNya. Amin!

    BalasPadam
  4. Baca Solusi baru best.. :P

    Keluaran mana kak.ngah? lama xbeli buku. haha

    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/09/madrasah-ramadhan-adakah-kita-sudah.html

    BalasPadam
  5. naim..kak ngah tiap2 bulan beli solusi cuma selalu tak sempat baca..huhu..dok peram atas meja guru..bila santai2 baru baca..

    BalasPadam