Seo Services

Merdeka57: Di sini lahirnya sebuah cinta (^_^)

Ahad, Ogos 31, 2014

Merdeka57: Di sini lahirnya sebuah cinta (^_^) Merdeka57: Di sini lahirnya sebuah cinta (^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 31, 2014 Rating: 5

Versatile Blogger Award

Jumaat, Ogos 29, 2014


Assalamualaikum

Pertama kali sejak berblog mendapat award dari  http://akutaipkaubaca.blogspot.com/ Thanks Sal!Untuk menghargai Sal yang sudi mencalonkan blog saya, maka saya dengan sukacitanya akan buat apa yang diminta..hehe
  • Thank the nice fella who gave you this award ;) - done!
  • Include a link to their blog - done!
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly - ni xbuat boleh?
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award - skip kat atas td..haha
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself - done! (tgk bawah ye)
7 benda Sal kena tahu pasal cikgu...

1. Muka garang tapi hati selembut bayu (^_______________________^)
2. Asal Kedah (mesti dah tau kan?haha)
3. Perasan remaja je selalu
4. Suka makan nasi goreng ayam..tapi susah nak jumpa nasi goreng ayam yang sedap.
5. Nak anak perempuan pulak.
6. Ngajar Fizik walaupun dulu paling x suka subjek tu..hihi
7. Suka main permainan cari perkataan...ala..yang garis2 silang2 tu..kikiki

Okes..tu je

Wassalam

P/S: Korang perasan tak yang iklan nuffnang makin kurang? Awat ek?
Versatile Blogger Award Versatile Blogger Award Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 29, 2014 Rating: 5

Rumah tuan terbakar!!

Khamis, Ogos 28, 2014
Seorang lelaki datang kepada Abu Darda' dan berkata, "Wahai Abu Darda', rumah tuan telah terbakar!"

Namun Abu Darda' dengan tenang berkata: "Rumahku tidak akan terbakar."

Tidak lama kemudian, seorang lelaki lain mengatakan perkara yang sama. Namun Abu Darda' tetap berkata:"Rumahku tidak akan terbakar."

Lalu seorang lelaki berkata:"Aku perhatikan api membakar setiap rumah yang ada di sekitar rumah tuan.Namun, apabila sampai ke rumah tuan,api itu terpadam."

Abu Darda' berkata:"Aku yakin Allah tidak akan membiarkan rumahku terbakar."

Orang ramai bertanya:"Mengapa?"

Beliau menjawab:" Kerana aku selalu membaca kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah. Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi,maka dia tidak akan ditimpa musibah pada waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia tidak akan ditimpa musibah hingga pagi."

Doa itu ialah:

Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.

“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Doa copy dari sini
Credit: Al Ustaz volume no.28

P/S: Alhamdulillah Gaza telah menang dalam perang kali ini. Teruskan berdoa agar Palestin dibebaskan dari cengkaman Israel.
Rumah tuan terbakar!! Rumah tuan terbakar!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 28, 2014 Rating: 5

Yang menjadi rebutan

Selasa, Ogos 26, 2014
Assalamualaikum

Pagi ini menerima sebuah berita duka..seorang pelajar di sekolah saya terlibat kemalangan maut sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah tempatkan beliau dalam kalangan hambaNya yang beriman.

Menelusuri sedikit kisah hidup anak ini sangat menginsafkan. Di usia muda ditinggalkan sang bapa yang menagih dadah. Ibu pula berhijrah ke Kuala Lumpur meninggalkan arwah dengan neneknya. Dan semasa kejadian pagi ini, saya mendapat tahu, arwah tinggal pula sendirian kerana nenek turut ke Kuala Lumpur untuk sesuatu urusan. Allahuakbar! Hanya Allah yang maha tahu betapa kuatnya anak ini tidak pernah mengeluh susah dan menanggung segala kerinduan dan masalahnya seorang diri. Difahamkan lagi anak ini seorang atlit dan sentiasa ceria di dalam kelas. Langsung tidak pernah dicerminkan segala masalah yang membelenggu dirinya. Sebab itulah dia insan yang terpilih untuk mengadap Illahi dalam usia yang masih muda. Kita ini sendiri belum tahu bagaimana kesudahannya.

Lantaran ini, apakah yang direbutkan kita di dunia ini?

Emas? Permata? Harta melimpah ruah? Rumah besar?


Bersyukurlah masih bernafas, dikurniakan kesihatan, anak-anak yang sihat penyejuk mata (nakal itu tandanya dia masih ada untuk mendapatkan perhatian kita), suami atau isteri yang sentiasa menemani di sisi. Lantas, nikmat tuhanmu yang manakah mahu kau dustakan? Allah..(T T)

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Alhamdulillah...

Terima kasih ya Allah.


Wassalam.
Yang menjadi rebutan Yang menjadi rebutan Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 26, 2014 Rating: 5

Segalanya milik Allah

Isnin, Ogos 25, 2014
Assalamualaikum

Sebak dan meleleh air mata saat menyaksikan gambar-gambar keluarga mangsa semasa menerima kepulangan jenazah nahas MH17.

Saat itu terasa kerdilnya kita di muka bumi Allah ini. Segala yang dipunyai ini boleh hilang sekelip mata. Anak, suami, rakan taulan, saudara mara, harta dan lain-lain boleh diambil oleh Allah pada bila-bila masa, jam, minit atau saat yang diingini olehNya.

Siapalah kita untuk mengatakan tidak atau melengahkan kematian itu walau satu saat?

Allahuakbar ! (T T)


Al Fatihah buat mangsa MH17, damailah kalian di sana.

Teruskan berdoa buat kebebasan Palestin dari cengkaman Israel.

"Ya Allah, bantulah saudara mara seIslam kami yang tertindas di seluruh dunia. Kurniakan kekuatan buat mereka menghadapi segala dugaan dan cabaran. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman dan Islam. Matikanlah kami juga dalam keimanan dan ketakwaan kepadaMu. Aamiiiin."

Wassalam.
Segalanya milik Allah Segalanya milik Allah Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 25, 2014 Rating: 5

Makan lagi (^_^)

Jumaat, Ogos 22, 2014



 Makan je kerjanya..semalam jamuan raya untuk staf sekolah pulak..Malam ni in shaa Allah jamuan hari keluarga sekolah suami saya plak..ngeh..ngeh..makan lagi
 (^____________________^)

Rafif: Mama kata nak diet..gemukla mama pasni..huhu

P/S: Teruskan berdoa buat semua umat Islam di seluruh dunia semoga disatukan hati dan amalan, dapat menangkis godaan syaitan durjana serta menewaskan pakatan musuh walau di mana sahaja berada. Ya Allah, bantulah mujahidin di Gaza, Syria, Iraq, Mesir dan seluruh dunia. Aamiiiiin.
Makan lagi (^_^) Makan lagi (^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 22, 2014 Rating: 5

Sambutan Merdeka Raya SMKSA 2014

Khamis, Ogos 21, 2014





Seronok jadi cikgu ni sebab sentiasa dikelilingi aura muda remaja..So, boleh perasan mudaaaaa je selalu..hehe (^__________________^)

P/S: Sedih plak baca berita pasal seorang Ustaz tertinggal anak dalam kereta. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Buat masyarakat sekeliling, jgnlah dicemuh ustaz itu. Kesilapan yang sama boleh berlaku kepada sesiapa saja. Guru juga manusia dan kadang kala kesibukan kerja menjadikan kita lupa kepada insan bermakna yang berharga di sekeliling kita. Ya Allah, bantulah kami semua, jauhkan kami daripada sifat pelupa dan bantulah umat Islam di seluruh dunia agar kami menjadi hambaMu yang soleh dan sentiasa ingat kepadaMu. Aamiiiin.

Sambutan Merdeka Raya SMKSA 2014 Sambutan Merdeka Raya SMKSA 2014 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 21, 2014 Rating: 5

Zikir harian. Jom amalkan!

Rabu, Ogos 20, 2014
  
Ya Allah, selamatkan umat Islam di Gaza, Syria, Iraq, Mesir dan seluruh dunia yang sedang ditindas. Bantulah pakatan muslimin, bantulah tentera mujahidin. Aamiiiin.

Zikir harian. Jom amalkan! Zikir harian. Jom amalkan! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 20, 2014 Rating: 5

Zina berterusan walaupun dah diijabkabul!Wajib baca!!!

Isnin, Ogos 18, 2014
Assalamualaikum

Dua hari lepas terima whatapps berkaitan suatu situasi. Jom kita fikirkan bersama.

TAJUK: ZINA AKAN BERTERUSAN WALAUPUN DAH DIIJABKABULKAN

Perkahwinan seumpama ini sangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak  hamil luar nikah cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu tidak sah, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Jom kita semak soalan dan jawapn ustaz utk permasalahan ini:

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan: Tidak. Mereka tidak boleh menikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?

Jawapan: TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

**Untuk ini, kita semak sekejap nota wanita yang haram dikahwini haram sementara:
1. Perempuan ditalak tiga
2. Isteri orang
3. Perempuan dalam edah
4. Perempuan hamil hasil zina
5. Kumpul isteri dan mahramnya dalam satu masa (kahwin kakak dan adik serentak)
6. Perempuan ke 5 bagi lelaki telah beristeri 4
7. Tidak beragama samawi (selain agama Islam, kafir)

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetul keadaan?

Jawapan: Mereka mesti berpisah.Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan: Mereka akan hidup dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan: TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah bermaksud dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan: Ya, dia tidak boleh menjadi mahram. Kecuali ibunya menikah semula secara sah dengan lelaki tersebut.

Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki muslim dan seorang perempuan muslim ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan sewajarnya?

Jawapan: Mereka perlu berpisah segera dan menunggu sehingga perempuan tersebut haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 (paling kritikal) : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan: Anda wajib memberitahu kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Soalan dan jwpn ini drp USTAZ ROSLI AL HAFIZ. Nota berbintang kat atas tu saya dapatkan drp guru pendidikan Islam.


Situasi ni semakin banyak dalam kalangan masyarakat kita. Cadangan saya (hasil perbincangan dengan ustazah di sekolah), kerajaan kita perlu juga wajibkan ujian mengandung kepada bakal pasangan selain ujian HIV. Nasab dan keturunan ini perkara yang tidak boleh dibuat main. Umpama akibat nila setitik, habis susu sebelanga.

Jom sebarkan. Semoga bermanfaat.

P/S: Terus berdoa untuk keselamatan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

Wassalam.
Zina berterusan walaupun dah diijabkabul!Wajib baca!!! Zina berterusan walaupun dah diijabkabul!Wajib baca!!! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 18, 2014 Rating: 5

Renungan Syawal ke 19

Jumaat, Ogos 15, 2014

Alhamdulillah..dah selesai puasa ganti. Hari ni buat 'potluck' di bilik guru. Sekarang ni nak makan pun kena beringat. Makanan berangin memang langsung tak berani sentuh. Sakit yang tak padan dengan nikmat kesedapan yang sementara.

P/s: Tersentuh hati dengan nasib saudara seIslam di Syria. Dalam kita masih bersedih memikirkan apa yang berlaku kepada saudara mara di Gaza, mereka di Syria dan Iraq juga sedang ditindas oleh pemerintah yang kejam. Syaitan bertopengkan manusia! Ya Allah, bantulah saudara seIslam kami yang ditindas di seluruh dunia. Aamiiiin.

Wassalam.
Renungan Syawal ke 19 Renungan Syawal ke 19 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 15, 2014 Rating: 5

Mudahnya Berbisnes dengan Stevia!!!

Khamis, Ogos 14, 2014
Assalamualaikum

Hari ni hari yang sangat menggembirakan. Komisyen saya berniaga stevia dah masuk. Alhamdulillah. Bersyukur diperkenalkan dengan bisnes ni. Cuma ajak rakan-rakan dan keluarga tukar gula putih kepada stevia anda akan dapat komisyen dan pencen bulanan. Best giler!

Sapa yang masih mencari bisnes yang santai, mudah dan membantu orang (semoga Allah kurniakan pahala atas usaha baik ini) jangan malu-malu mesej atau wasap saya. Saya sudi membantu anda. Hubungi saya di talian 0135819100. Sebaiknya hanya sms atau wassap saja sebab saya agak sibuk bekerja di sekolah. Saya akan balas mesej anda apabila berkelapangan. In shaa Allah.

Boleh juga berkunjung ke web seperti link di bawah dan register secara percuma dahulu. Saya akan hubungi anda kemudian.
https://rcc2u.com/reff/drbasya

Ok, jom berkenalan dengan stevia


Apa itu stevia? 
Sejak kebelakangan ini, stevia sering memenuhi di surat khabar, papan iklan dan di televisyen Malaysia. Malah saya melihat ada yang menjual daun stevia ini dengan RM15 sepaket serunding besar. 
Ini telah menimbulkan minat saya untuk mengetahui apaitu stevia yang dikatakan gulaajaib. Stevia adalah sejenis pokok daripada keturunan bunga matahari yang berasal dari benua amerika selatan. Stevia juga merujuk kepada bahan pemanis yang diekstrak dari pokok stevia sendiri untuk kegunaan harian. Ianya dikatakan bahawa Stevia ini ialah 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Untuk mengetahui apa itu stevia, kita harus mengetahui kelebihan dan keburukan dahulu. Stevia tidak mengandungi kalori seperti gula biasa, menjadikan ianya boleh dimasukkan ke dalam masakan dan minuman sebagai diet yang sihat. Stevia langsung tidak mempengaruhi kadar glukosa didalam darah, sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit diabetis atau berat badan kerana tubuh kita tidak memproses bahan aktif dalam stevia,glycosides kepada lemak. Terdapat kajian mengatakandaun stevia ini mengandungi pelbagai mineral seperti vitamin(A dan C), fiber, protein, zat besi  dan kalsium. Stevia ini juga telah digunakan sebagai ubat tradisional dan pemanis bagi kaum asli di tengah dan selatan amerika sejak beberapa ratus tahun dahulu dan digunakan di dalam industri gula-gula dan minuman oleh Jepun sejak 30 tahun yang lalu. Persatuan Kesihatan Antarabangsa (WHO) menyatakan pada tahun 2006  bahawa stevioside dan rebaudiside A (bahan di dalam stevia) tidak menyebabkan kanser. 
Namun begitu, Badan Penyeliaan Makanan Dan Ubat–Ubatan Amerika Syarikat (FDA) melarang penggunaan stevia sebagai bahan pemanis di dalam industri makanan dan minuman dan hanya membenarkan stevia sebagai makanan diet sahaja. Ini kerana kurangnya kajian terhadap stevia yang tidak diketahui kesan buruknya. Mengikut laporan lain daripada Lyn Steffen,School of Public Health, mengatakan bahawa bahan di dalam soda diet (gula tiruan seperti aspartame) menjadi punca kepada obesiti, peningkatan tekanan darah dan kolestrol. Ini kerana mereka yang mengambil gula tiruan ini akan mengambil lebih makanan yang tidak berkhasiat. Puncanya adalah otak kita merespon bahawa kandungan kalori yang diambil tidak mencukupi seterusnya menyebabkan kita mengambil lebih makanan. Terdapat kebimbangan terhadap stevia, di mana ianya mungkin diekploitasi oleh skim peniagaan multi-level yang mementingkan kemasukan ahli daripada penjualan stevia itu sendiri. Penipuan melalui stevia boleh berlaku dengan mudah dengan mewar-warkan khasiat stevia boleh mengubati penyakit kronik walaupun tiada bukti kukuh. Ini kerana stevia adalah benda baru di Malaysia dan ramai orang kurang jelas mengenainya. Kemudian, cara penggunaan stevia haruslah jelas dan munasabah dari segi perubatan agar tidak memberikan sebarang mudarat kepada pengguna. Dengan ini, kita boleh mengetahui, apa itu stevia yang sebenarnya.

Artikel oleh Abu Ali yang merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. 

P/S: Teruskan berdoa dan menyumbang untuk umat Islam yang memerlukan di seluruh dunia. Dalam rezeki kita ada bahagian orang lain.

Wassalam.
Mudahnya Berbisnes dengan Stevia!!! Mudahnya Berbisnes dengan Stevia!!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 14, 2014 Rating: 5

Tetamu Raya 2014

Rabu, Ogos 13, 2014
Assalamualaikum

Sabtu lalu sempat buat 'open house' kecil-kecilan utk pelajar dan rakan terdekat. Kalut punya pasai hanya ada dua gambar ni je..Tu pun ihsan member dari whatapps. Sebenarnya bila dikira semula rasa lebih dari 50 orang juga yang datang berkunjung. Syukur makanan cukup dan dapat pula menghantar ke jiran-jiran. (^_^)


Gambar bawah ni plak masa rumah diterjah anak murid pada minggu pertama sebaik sekolah dibuka semula selepas cuti raya. Memang tak sempat bersedia beria2..Makanlah naget dengan kerepek2 aje..Huhu
 



P/s Teruskan menyumbang wang, tenaga dan doa untuk umat Islam yang dalam kesusahan di seluruh dunia.

Wassalam.
Tetamu Raya 2014 Tetamu Raya 2014 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 13, 2014 Rating: 5

Membeli Ilmu

Isnin, Ogos 11, 2014
Assalamualaikum

Sedang berehat melepas lelah di bilik guru, datang penjual buku yang selalu hadir menjual buku-buku ilmiah. Puas membelek-belek, maka tertangkaplah beberapa buah buku hari ini (^_^)







7 buah buku bertukar tangan..2 buah karya Nik Wafdi, 4 buah karya vbi_djenggotten dan sebuah karya Vin Lee..Tak sabarnya nak baca! Semuanya berbentuk komik. Kalau banyak sangat ayat tak sempat nak membaca..huhu (T T)

Ada lagi...




Tadaaaaaaa..buah plum..sebungkus rm5..bolehla jadi juadah berbuka nnti ni..hehe..Kat sekolah pon boleh shopping!!!Jeles x???

(^________________________^)

P/s: Mood menyiapkan soalan percubaan SPM..Teruskan berdoa utk umat Islam di Gaza, Syria, Iraq, Burma, Rohingya, Selangor dan seluruh dunia..Semoga terus bersatu padu dan tidak berpecah belah.

Wassalam.
Membeli Ilmu Membeli Ilmu Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 11, 2014 Rating: 5

Lasagna Roti (Ringkas dan lazat)

Ahad, Ogos 10, 2014
Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang sangat mudah dan lazat.

Korang pernah makan lasagna? Klu pernah makan, jom kita cuba buat sendiri. Sebenarnya saya tak pernah makan lasagna yang dibeli. Tapi mengikut kata kawan yang pernah, yg saya buat ni lagi sedap dari yang dibeli tu. Jadi, jom kita semak resepi dia.



Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)

- Roti gardenia (6 keping)
- Telur 3 biji
- Keju 3keping
- Daging cincang (saya guna jenama Ramly  yg bentuk petak tu) ada dua keping tapi saya guna sekeping je, rasa dalam 250g
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
- Serbuk cili (saya letak paprika)
- Garam
- Gula (saya gantikan dengan stevia, 2 titis)
- Serbuk kayu manis
- Bawang besar sebiji dipotong dadu)
- Sedikit minyak utk menumis (saya guna minyak zaitun dalam 2 sudu)

Cara-cara

1. Lenyekkan roti dengan penggelek..bagi jadi nipis
2. Tumis bawang besar dengan minyak.
3. Masukkan daging.Tambahkan sedikit serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk cili, gula dan garam. Gaul sebati sehingga masak. Tutup api.
4. Pecahkan telur. Masukkan serbuk kayu manis dan garam. Kacau sebati.
5. Celup roti dalam telur dan susun atas pemanggang ajaib. Kalau tiada, atas dulang pembakar. Ni utk masak dalm oven. Saya guna pemanggang je.
6. Susun dua keping roti sebelah menyebelah.
7. Letakkan daging yang siap dimasak tadi. Tabur dengan sekeping keju yang dipecah-pecahkan.
8.Celup lagi dua keping roti dengan telur dan lapis. Ulang proses sama.
9. Lapisan atas sekali tuang baki telur dan letak keju.
10. Bakar dengan api perlahan atas dapur sehingga masak. Kalau dalam oven dalam 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

SELAMAT MENCUBA!!!

P/S Jangan lupa teruskan boikot produk Yahudi Israel dan teruskan berdoa untuk umat Islam di Gaza, Syria, Iraq dan seluruh dunia yang sedang tertindas.

Wassalam.
Lasagna Roti (Ringkas dan lazat) Lasagna Roti (Ringkas dan lazat) Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 10, 2014 Rating: 5

Buatlah pilihan yang bijak

Rabu, Ogos 06, 2014







Sesapa yang rasa nak bertukar ke stevia utk kesihatan yang lebih baik in shaa Allah, dijemput klik link ni ye https://rcc2u.com/reff/drbasya 

Wassalam

Buatlah pilihan yang bijak Buatlah pilihan yang bijak Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 06, 2014 Rating: 5

Tersentuh Hati

Selasa, Ogos 05, 2014
Assalamualaikum

Sapa dah mula puasa enam? Sila angkat tangan? Mesti ada yang dah raya ni..Syoknya!

Saya baru berkesempatan memulakan puasa hari ini. Semoga dipermudahkan.

Hari tu saya terima gambar wasap dari seorang kawan. Macam kat bawah ni...


Menitis air mata semasa membaca coretan insan ini. Semoga amal kebajikan yang beliau lakukan diterima Allah. Semoga saudara mara kita di Gaza dan Syria akan aman daripada kejahatan yahudi, Israel laknatullah dan sekutu-sekutunya.

P/S: Dengaq kata Jumaat ni, satu Malaysia akan adakan boikot Tesco dan McD secara besar-besaran. Hangpa semua jangan tak tau plak. Pastu p makan kat situ selamber2 jek. Bikin malu oooo...(T T)Teruskan boikot. Tak mampu buat semua, jangan tinggai teruih. Semoga kepedulian kita ini menyelamatkan kita semasa di soal Allah di padang mahsyar kelak. 

Wassalam.
Tersentuh Hati Tersentuh Hati Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 05, 2014 Rating: 5

Mimpi Telur

Isnin, Ogos 04, 2014
Assalamualaikum

Semalam saya didatangi sebuah mimpi yang sangat aneh.

Dalam mimpi tersebut saya seolah-olah seekor ayam ingin bertelur tapi tiada tempt untuk bertelur. Akhirnya saya muntahkan telur tersebut. Tiga telur yang awal saya muntahkan menjadi telur yang hampir sempurna namun telur-telur seterusnya disebabkan muntah dengan cepat keluar dalam bentuk cecair yang kemudiannya bertukar menjadi telur dadar. Aneh sekali!

Dalam mimpi itu juga pada awalnya ada seekor ular sawa besar yang kulitnya kelihatan pelik dan kemudian hampir dimakan biawak atau binatang buas (saya kurang ingat) tetapi saya dalam keadaan geli macam takut ular itu dimakan dan akhirnya ular itu selamat tetapi dalam proses bersalin kulit.

Seharian saya berasa tidak sihat hari ini. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Ada yang boleh tafsirkan mimpi ini?


Wassalam.

Mimpi Telur Mimpi Telur Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 04, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.