Seo Services

Pemuda Al-Qassam

Rabu, Julai 30, 2014
Assalamualaikum

Kurang meriah dirasakan hari raya tahun ini. Hati terkenang-kenang saudara mara di Gazzah, Palestin. Air mata tak dapat dibendung apabila melihat wajah murni ahli syurga yang syahid di sana setiap hari. Hampir sebahagian besar daripadanya kanak-kanak. Allah..Allah.. (T T)

Wahai pemuda Al-Qassam, teruskan perjuanganmu. Kami akan terus menyokong kamu. Mari kita bebaskan Palestin.


#‎WeAreAllAlQassam‬
#‎Pray4Gaza‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏العصف_المأكول‬
Pemuda Al-Qassam Pemuda Al-Qassam Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 30, 2014 Rating: 5

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Selasa, Julai 29, 2014

Terima kasih kerana setia berkunjung ke blog Anak Kedah. Teruskan kesetiaan anda. Maaf andai ada terkasar bahasa, teguris hati dek kata-kata, terambil gambar tanpa sengaja atau lupa nak nyata, mohon dihalalkan ilmu yang diguna, semoga Syawal ini diraikan penuh makna. Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

Teruskan berdoa untuk saudara mara kita di Gaza, Syria, Somalia, Mesir, Burma, Rohingya dan serata dunia yang tertindas. Semoga kemeriahan raya yang kita rasa dapat dinikmati bersama.

Wassalam.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 29, 2014 Rating: 5

Rekaan pilihan tudung ariani terbaru

Jumaat, Julai 25, 2014
Assalamualaikum

Korang dah beli tudung raya? Klu belum jom kita cuci mata sket. 

REKAAN PILIHAN TUDUNG ARIANI TERBARU


Siapa yang tidak kenal dengan jenama Tudung ARIANI? Jenama yang kian mendapat tempat di hati wanita bertudung ini sentiasa menampilkan koleksi tudung online yang berkualiti dan semestinya mengikuti trend terkini. Untuk tahun 2014 ini, ARIANI sekali lagi membawakan barisan koleksi tudung yang menawan untuk anda gayakan terutama sekali sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Adakah anda merupakan salah seorang peminat ARIANI? Jom kita lihat koleksi tudung online 2014 daripada ARIANI!


Aleesya Beaded Set With Inner Shawl


Shieryn Siti Collection Set With Inner Shawl


Selendang 2 Tone Labuh Shawl


Plain Syria


Ariani Exclusive Selendang Silk With Border Siti Collection Shawl



Ariani Exclusive Selendang French Lace Siti Collection Shawl



Ariani Exclusive Silk 2 Sided Siti Collection Shawl

Menarik bukan? Bukan sahaja selesa, malah koleksi tudung daripada Galeri ARIANI juga amat mudah untuk dipakai. Dambakan koleksi tudung online daripada ARIANI ini? Usah berlengah lagi dan layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga. Selain boleh ditemui di butik, koleksi tudung ARIANI juga kini boleh anda miliki menerusi pembelian secara online di butik online ZALORA. Apa yang menarik, ZALORA menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Ucapkan selamat tinggal kepada kesesakan lalu lintas!



p/s: Saya pernah membeli barang dari Zalora. Perkhidmatan yang sangat memuaskan. In shaa Allah antara penjual online yang boleh dipercayai (^_^)

#PRAY4GAZA
#PRAY4SYRIA
#PRAY4SABAH
#PRAY4MALAYSIA
#PRAY4MUSLIMSAROUNDTHEWORLD

Wassalam   
Rekaan pilihan tudung ariani terbaru Rekaan pilihan tudung ariani terbaru Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 25, 2014 Rating: 5

Jangan berhenti menjadi manusia!

Khamis, Julai 24, 2014
Assalamualaikum

Hari ni dh hari ke 15 perang antara Palestin dengan Israel. Angka korban semakin meningkat.

Patutlah suasana puasa tahun ni rasa suram je..Setiap kali buka laman "facebook", penuh dgn gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan ini.

Tahun ni mood raya pun dah kurang. Hati asyik teringat-ingat saudara mara kita di Gaza dan Syria.

Semoga Allah membantu mereka (T T)

Teruskan berdoa agar peperangan ini berakhir.

Duhai Israel, kembalilah menjadi manusia! Yang kalian bunuh itu kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa. Kalian mencuri tanah mereka dan sekarang kalian curi pula nyawa mereka. Laknat ke atas kalian!

Duhai As-Sisi, kemana hilangnya sifat kemanusiaanmu? Kembalikan hak umat Islam di Gaza, bukalah pintu Rafah itu, jangan kau halangi bantuan yang ingin disampaikan kepada mereka. Jangan juga kau siksa Ahli Sunnah yang tinggal di negerimu. Kembalikan hak Presiden Mohamed Morsi. Laknat Allah ke atasmu!

Duhai Basyar, laknat ke atasmu yang mengaku sebagai tuhan. Jangan kau siksa penduduk Islam di negerimu.  Duhai saudara-saudaraku di Syria, semoga Allah membantu kalian.

Rakan-rakan, teruskan boikot segala produk dari Israel dan sekutu-sekutunya. Buktikan kita ini manusia yang bermaruah!!!


Wassalam.

Jangan berhenti menjadi manusia! Jangan berhenti menjadi manusia! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 24, 2014 Rating: 5

Pelita dulu, kini dan selamanya

Selasa, Julai 22, 2014
Assalamualaikum

Ramadhan dah semakin ke penghujung. Kita sekarang dah berada dalam malam 7 lekor ni..

Biasa dulu-dulu mesti pasang pelita untuk 7 malam terakhir. Jom kita intai revolusi pelita..

1) Pelita buluh asli - yang ni memang nostalgia habisla..Susah oo nak buat ni.


 2) Pelita tin - ni muncul sebagai inovasi menggantikan pelita buluh tu. Buluh habih dibuat lemang kot. Kat pekan plak, mana nak cari buluh? Harga agak mahal sebab dia tahan lasak.


3) Pelita plastik - muncul berikutan kenaikan harga tin dan masa ni industri plastik sedang berkembang maju. Klu tak silap dulu harga dia dalam 80sen satu. Tapi malangnya tak berapa tahan lasak dan cepat jadi hitam.

 


4) Pelita moden- gabungan ciri tradisional dan moden. Ni mudah untuk dipasang di luar rumah. Biasa kat halaman rumah kampungla. Sebatang rm2.


5) Pelita letrik - pelita paling selamat sebab tak pakai api dan minyak tanah. Jimat duit beli minyak. Menjadi pilihan utama hotel-hotel yang buat buffet Ramadhan dan rumah terbuka.


Saya paling suka pelita buluh tradisional tu. Aroma bau minyak tanah dan liang liuk api pelita memang mengasyikkan dan menimbulkan keshahduan akan pemergian Ramadhan dan bermulanya Syawal. Korang suka yang mana?

#pray4Gaza
#pray4Syria
#pray4Islam
#pray4Malaysia

Wassalam.
Pelita dulu, kini dan selamanya Pelita dulu, kini dan selamanya Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 22, 2014 Rating: 5

Kerjaya bukan pilihan?

Ahad, Julai 20, 2014
Assalamualaikum

Idea ni muncul semasa saya menonton rancangan Majalah 3 sementara menanti waktu berbuka puasa.

Tajuk hari tu "Kerjaya seorang Pemungut Sampah". Kalau tanya pelajar-pelajar saya, tiada seorang pun yang bercita-cita nak jadi pengutip sampah atau pekerja kebersihan.

Kerjaya yang halal ini kurang mendapat sambutan sedangkan pahala yang menanti cukup besar. Saya 'salute' pekerja-pekerja kebersihan ini. Tanpa anda, pasti negara kita bertambah kotor dan menjijikkan.


Lazimnya, pelajar-pelajar apabila disoal akan memilih kerjaya hebat seperti doktor, jurutera dan pensyarah. Hatta, kerjaya seperti guru turut dipandang sepi sekarang ini. Apatah lagi kerjaya sebagai usahawan atau ahli perniagaan. Jarang sekali keluar pilihan kerjaya ini dari bibir anak-anak didik. Puas saya memujuk mengatakan kerjaya ini antara yang terbaik, namun masih ramai yang selesa bekerja makan gaji.



Saya berbangga bercita-cita menjadi guru sejak kecil. Walaupun layak bergelar seorang jurutera, namun berkat doa ibu dan minat yang mendalam, kerjaya ini tetap nombor satu di hati. Namun, dalam masa yang sama saya juga turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

Salahkah kita mempunyai dua kerjaya? Bagi saya, selagi mana kerjaya yang kedua itu tidak menjejaskan tugas hakiki, in shaa Allah tiada salahnya.

Cuba komen sket kat bawah ni..
"Apa kerjaya anda, adakah ia kerjaya pilihan dan bagaimana anda mendapatkannya?"
 
Komen terbaik akan dapat duit raya dari saya (^_^)

#pray4Gaza
#pray4Syria
#pray4Malaysia

Wassalam
Kerjaya bukan pilihan? Kerjaya bukan pilihan? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 20, 2014 Rating: 5

Hukum Tidur Sepanjang Puasa

Sabtu, Julai 19, 2014

Soalan: Bagaimana dengan puasa seorang yang tidur sepanjang hari?

Jawapan: Hukum puasa bagi orang sebegini adalah sah. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadhil menukilkan teks Matan Zubad dalam fiqah:"Tetapi sesiapa yang tidur sepanjang harinya maka sah puasanya". Ahmad Bin Ramlee menyatakan alasan tidak batal puasa adalah cukup dan kekal kelayakan seorang mukalaf di mana keadaannya berbeza dengan orang yang pengsan kerana orang yang tidur boleh dikejut. Oleh yang demikian hal ini sama seperti orang yang meninggalkan solat kerana tidur, dia diwajibkan qada sedangkan orang yang meninggalkan solat kerana pengsan atau koma tidak diwajibkan qada solat pada waktu tersebut. (Fatrurahman)



P/s: Cuti hujung minggu ni mesti ramai yang tidur je..(^_^)

#Al Fatihah MH17
#pray4Gaza
#pray4MH370
#pray4Malaysia
Hukum Tidur Sepanjang Puasa Hukum Tidur Sepanjang Puasa Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 19, 2014 Rating: 5

Doa Qunut Nazilah

Jumaat, Julai 18, 2014
Assalamualaikum

Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak, jom kita perbanyakkan baca doa qunut nazilah ini.

Ya Allah, berikan kekuatan dan bantulah umat Islam di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, Somalia dan seluruh dunia. Aamiiiin.

Wassalam
Doa Qunut Nazilah Doa Qunut Nazilah Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 18, 2014 Rating: 5

Hukum Gosok Gigi Ketika berpuasa

Khamis, Julai 17, 2014

 Soalan : Bolehkah mengosok gigi ketika berpuasa?

Jawapan: Imam An-Nawawi berpendapat, menggosok gigi tidak makruh walaupun slps gelincir matahari. Walaupun pendapat ini bercanggah dengan pendapat imam al-Syafi'i, tetapi boleh diamalkan kerana ini pendapat majoriti ulama dan tidak bertentangan dengan hadis nabi.

p/s: Saya suka gosok gigi siap-siap selepas sahur. Bukan apa, takut nnt tertelan ubat gigi.


Teruskan berdoa untuk keselamatan saudara muslim kita di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, Somalia dan seluruh dunia.
Hukum Gosok Gigi Ketika berpuasa Hukum Gosok Gigi Ketika berpuasa Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 17, 2014 Rating: 5

Riak Vs Zuhud

Rabu, Julai 16, 2014
Assalamualaikum

"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (HR Imam Ahmad)
"Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (HR Ibnu Majah)
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (HR Bukhari dan Muslim) 
Riak ialah menampakkan atau memperlihatkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. 
Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Cara penyampaian boleh secara lisan atau tulisan.

Ehsan : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/riak.html 

Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. 

Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Pengertian yang kedua, iaitu mengikut pengertian syariat inilah yang akan dibentangkan. Kerana zuhud mengikut syariat adalah disukai oleh Allah dan Rasul. Ia juga termasuk dalam sifat-sifat mahmudah. 

Ehsan: http://www.usahataqwa.com/rohaniah/zuhud-dan-cinta-dunia

Korang rasa sebab apa briged al Qassam tu pakai topeng? 




Kan seronok kalau kita boleh jadi orang yang kaya di dunia ni tapi dalam masa yang sama mempunyai sifat zuhud? Kalau tgk trend sekarang, mmg payah..Indahnya peribadi Abdul Rahman Al-Auf seorang sahabat nabi yang kaya namun zuhud. 

Jadi, sapa kata orang kaya tak boleh zuhud?

Jom jauhi riak dan tanamkan zuhud dalam diri. Semoga kita kaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Aamiiiin.

P/S Teruskan berdoa untuk umat Islam yang sedang tertindas di Gaza, Palestin, Syria, Rohingya, Somalia dan di seluruh dunia. We care because we are brothers!

Wassalam.
Riak Vs Zuhud Riak Vs Zuhud Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 16, 2014 Rating: 5

Where goes humanity?

Selasa, Julai 15, 2014
Assalamualaikum

Akhirnya tamat Piala Dunia 2014. Selesai satu bab. Sebenarnya saya mmg x minat tengok bola ni. Tapi yang saya perasan, isu bola ini menenggelamkan perhatian masyarakat dunia kepada rakyat Palestin.

Hal ini sangat menakutkan. Kemana perginya sifat kemanusiaan warga Israel? Mereka ini manusiakah?

"You don't have to be Muslim to pity Palestinians, just be human!"

Yang diserang itu kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa dengan alasan memerangi pengganas. Siapa pengganas sebenarnya?



Bersabarlah wahai saudaraku di Palestin, suatu hari nanti kamu akan bebas. In shaa Allah.



Teruskan berdoa untuk umat Islam yang tertindas di seluruh dunia khususnya di Gaza, Mesir, Somalia, Rohingya dan Syria.

Wassalam.
Where goes humanity? Where goes humanity? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 15, 2014 Rating: 5

Tafakur

Isnin, Julai 14, 2014
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…



SALAM 16 RAMADHAN 1435 H

P/S : Teruskan berdoa utk keamanan dan keselamatan umat Islam di Palestin, Syria, Somalia, dan di seluruh dunia
Tafakur Tafakur Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 14, 2014 Rating: 5

#Pray For Gaza

Jumaat, Julai 11, 2014
Assalamualaikum

Allahuakbar! Sedih dan luluh rasa hati bila dengar Gaza diserang lagi.

Terbayang-bayang di mata wajah mulus anak-anak kecil bermandikan darah. Allah..Allah.. (T T)

Tak mampu membayangkan sekiranya diri ini diletakkan di tempat mereka. Mampukah aku bersabar dengan dugaan sedemikian rupa?


Jom kita bantu mereka.

Hulurkan bantuan anda:

Aman Palestin (562263010787 - Maybank) emel ke nurilhakim87@gmail.com utk makluman/pertanyaan

Umm Salamah (7600809829 - Cimb) dengan tag : Perang bermula

Tak dapat sumbang banyak, sikit pon jadilah.

Semoga kita terlepas dari soal jawab dengan Allah di akhirat kelak akibat tidak membantu saudara seIslam semasa mereka ditimpa musibah.

Palestin mesti dibebaskan!!

Takbir!!! Allahuakbar!

P/s: Hari ni ulangtahun yang ke 5 blog ANAK KEDAH (11/7/2009 - 11/7/2014). Pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah. Ada rezeki lebih nanti saya akan buat GA. Doakan ye (^_^)

Wassalam
#Pray For Gaza #Pray For Gaza Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 11, 2014 Rating: 5

Pulang

Jumaat, Julai 11, 2014
Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah 14 hari Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu.

Buat yang masih ada ibu masih ada ayah, berapa kali dalam sebulan, seminggu, sehari anda telefon atau bertanyakan khabar ibu dan ayah di kampung?

In shaa Allah kami sekeluarga pulang ke Kedah minggu ni untuk melepas rindu buat keluarga. Berbuka puasa dan meraikan ibu dan ayah. Semoga beroleh restu mereka dalam menempuh hari muka.

Tetiba teringat kisah seorang rakan, menceritakan dia pernah mendengar sebuah rancangan di radio, soal jawab seseorang dengan Ustaz.

Penanya: Ustaz, saya mempunyai keluarga bahagia, kerjaya yang bagus, anak2 yang berjaya, senang kata saya ada segalanya dalam kehidupan. Saya juga sentiasa beribadat dan bangun solat malam. Tetapi, kenapa hati saya masih tak tenang?

Ustaz: Saudara masih ada ibu/ayah? Bagaimana hubungan saudara dgn mereka?

Penanya: Baik ustaz. Saya selalu pulang dan menjenguk mereka.

Ustaz: Erm..cuba saudara balik. Fikir semula baik2. Mungkin ada sebarang tingkah laku atau apa2 yang pernah dilakukan yang secara tidak sedar pernah menyakiti atau mengguris perasaan siapa2. Bukannya senang, umpama mencari jarum dalam jerami.

Lelaki tersebut berfikir dan bermunajat kepada Allah. Kemudian, beliau teringatkan satu tindakan beliau pada masa beliau seorang pelajar yang pernah meninggikan suara kepada ibu semasa ditegur mengenakan pakaian yang kurang sopan.


Dengan segera, tanpa tangguh beliau pulang ke kampung dan sampai pada subuh yang hening. Terkejut sang ibu melihat si anak di depan mata secara tiba-tiba. Sambil mencium tangan ibu, serta menangis teresak2, sang anak memohon maaf dengan menyebut kesalahannya secara spesifik. Tiba-tiba, keluar dari mulut ibu, " Andai engkau tidak meminta maaf tentang hal ini, pasti sampai bila-bila ibu masih berkecil hati dan tidak maafkan kamu". Allahuakbar! Barulah sang anak merasa tenang selepas itu.

Kesimpulannya, hati ibu perlu dijaga. Jangan sekali-kali kita berkasar dengan mereka. Tanpa redho mereka, pasti tiada juga redho Allah.

Pesanan juga buat para ibu, sentiasa maafkan kesalahan sang anak. Kesian anak yang baik andai ada sekelumit rasa tidak puas hati sang ibu, neraka buatnya. Nauzubillah.

Wassalam.
Pulang Pulang Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 11, 2014 Rating: 5

Madrasah Ramadhan

Khamis, Julai 10, 2014
Assalamualaikum

Setiap tahun kita bertemu Ramadhan. Ia sentiasa datang dan pergi meninggalkan kita.

Masa pula dirasakan makin pantas berlalu.

Bagi saya, setiap kali masuk bulan Ramadhan umpama saya masuk ke suatu pondok pengajian. Saya akan cuba buat yang terbaik sepanjang berada di pondok itu.


Ramadhan membawa bersamanya pelbagai pengalaman. Ada orang tak rasa beza pon Ramadhan dengan bulan lain. Cuma beza mungkin sebab tak boleh makan dan minum siang je.

Bagi saya Ramadhan tahun ni, nafsu makan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Makan dan berbuka sangat sederhana. Tidur pun sangat awal iaitu seusai selesai mengerjakan solat Isyak dan tarawikh. Solat sunat tarawikh pun hanya dilakukan di rumah sahaja sejak saya berkahwin. Ada sekali dua tahun-tahun lepas di surau belah keluarga saya. Itu pun sukar nak khusyuk..huhu (T T)

Tahun ni waktu berbuka pula, memang nafsu makan cepat hilang mungkin akibat penat mengawal anak yang sedang lasak.

Namun, saya sangat bersyukur diberikan tenaga yang cukup untuk bangun awal menyiapkan sahur yang sederhana dan tidak tidur sepanjang siang. Doakan saya sempat khatam 30 juzuk Al-Quran tahun ni ye kawan-kawan.

P/S : Jom berdoa: " Ya Allah, bantulah sahabat seIslam kami di Gaza, Palestin, Syria, Somalia, Bosnia dan di seluruh dunia. Lindungilah kami daripada kejahatan syaitan, jin dan manusia. Aamiiiin."  Semoga dengan berkat Ramadhan ini doa kita akan dimakbulkan Allah.In shaa Allah.

Wassalam.
Madrasah Ramadhan Madrasah Ramadhan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 10, 2014 Rating: 5

Take 5

Rabu, Julai 09, 2014
Take 5 Take 5 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 09, 2014 Rating: 5

Ubat Resdung Paling Mujarab

Rabu, Julai 09, 2014
Assalamualaikum

Anda bermasalah resdung? Jom dapatkan ubat yang in shaa Allah sangat mujarab ini.

Hanya RM 30 untuk 30 biji. Makan dua kali sehari. Sebiji pagi, sebiji malam.

COD : Teluk Intan / Langkap / Chenderong Balai  (sms/whataaps: 013-5819100-Teacher Basariah)

Pos : Tambah RM 6 (semenanjung), RM 10 (Sabah dan Sarawak)


p/s : usah biarkan resdung mengganggu hidup anda

Wassalam
Ubat Resdung Paling Mujarab Ubat Resdung Paling Mujarab Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 09, 2014 Rating: 5

Gastrik Part 2

Selasa, Julai 08, 2014
Assalamualaikum

Salah satu penyakit yang selalu menyerang terutama apabila bulan puasa ni adalah GASTRIK.

Orang yang tak pernah kena gastrik mungkin ingat penyakit ni tak bahaya. Sakit tau gastrik ni...

Bayangkan asid perut tu naik ke bahagian dada. Pergh!Macam nak terbakar dada.

Tetiba teringat satu adegan dlm NCIS Season 10 di mana Palmer dan Dr. Mallard gunakan asid perut orang mati untuk putuskan gari di kaki. Jadi, boleh korang bayangkan macamana bahayanya dan kuatnya sifat asid gastrik tu?

Kawan-kawan di sekolah saya bagitau salah satu ubat yang elok untuk gastrik ialah Yakult. Dan seeloknya diminum dua kali sehari. Saya sendiri pun tak pernah cuba dgn Yakult, dengan Vitagen tu pernahlah. Ok jugakla. Tapi kalau dah sakit sangat tu memang ubat paling berkesan masa tu Gaviscon a.k.a ubat kapur dan minyak panas yang digunakan utk disapu di tempat yang sakit.

Kalau ke hospital biasanya doktor akan bekalkan dengan ubat Histax Ranbaxy.



Ubat ni fungsi dia untuk kurangkan pengeluaran asid perut. Biasanya doktor juga akan pesan untuk kurangkan makanan pedas, masam, berminyak dan kurangkan makan daging merah. Cuka adalah pantang paling besar untuk pesakit gastrik. Makan pula kena dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Untuk bulan puasa ni, kalau berbuka, seeloknya makan kurma dan air suam dulu. Solat dan kemudian baru makan makanan berat. Tak boleh terus makan berat nanti akan kena serangan gastrik ni. Minuman sejuk dan berais seelok-eloknya perlulah dielak. Agar-agar dan puding memang digalakkan untuk dimakan.

Lagi satu, walaupun gastrik ni dikaitkan dengan angin, elakkan makan pil bawang putih dan kurangkan penggunaan bawang putih dan rempah. Makanan ini akan menambah penghasilan asid gastrik ye. Bahaya tau!

Apa-apapun, pada pendapat saya, ubat terbaik untuk gastrik adalah DOA. Allah kan Maha Penyembuh. Banyakkan berdoa semoga ibadah pada bulan puasa ni dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Tak guna mengeluh terutama kepada orang yang tak tau macamana sakitnya gastrik ni. Hanya Allah yang tahu apa yang kita alami. Tapi, tak salah untuk berusaha mencari penawar.

Kalau rakan-rakan ada petua yang baik untuk penyakit ni, bolehlah kongsikan di ruangan komen ye. Sapa komen dia comel. (^_^)

Wassalam.
Gastrik Part 2 Gastrik Part 2 Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 08, 2014 Rating: 5

Nurul - pelajar misteri

Isnin, Julai 07, 2014
Assalamualaikum



Sambungan karektor upin ipin dan kawan-kawan hari tu....

Kalau korang ingat, saya ada sebut pasal seorang pelajar perempuan misteri dalam kelas 1 Ceria ni..cuba tgk budak pompuan, baris depan hujung kanan, nama kat bawah ditulis Nurul. Sila abaikan gambar budak pompuan blkg dia tu ye sbb ada org edit gambar Susanti dan letak gambar org len. Utk pengetahuan korg lagi, kelas 1 Ceria ni ada 12 orang je tau..Pompuan 4 orang je, yang lain semua lelaki. Jom kita intai budak misteri kita ni.

Nurul

- Watak yang muncul kadang-kadang. Tak pernah dengar suara dia mahupun kawan-kawan bicara tentang dia. Kewujudan macam 'hantu' je dlm kelas. Tapi wujud dalam aktivit kelas antaranya drama 'si Pengembala dan biri-biri' di mana dia pegang watak sebagai bunga dengan Susanti dan Devi. Mungkin belum jumpa suara yang sesuai untuk dia atau memang dia ni bisu. Sangat mengharapkan akan ada satu episod khas pasal dia. Teringat seseorang di kampung suami bernama Nurul juga. Muka pun hampir nak sama kan, Naim? Hehe..


Ustaz Hamzah

- Antara watak terbaru dalam siri ini. Kemunculannya hampir serentak dengan Cikgu Melati. Ustaz yang berjiwa muda dan peminar tegar aiskrim metropop. Kalau kat sekolah ni kompom ramai peminat sebab hensem dan muda..ehehe

Wokeh. tu je nak tulis. Komen tau pendapat korang. Sapa komen dia comel (^_^)

Wassalam.

Nurul - pelajar misteri Nurul - pelajar misteri Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 07, 2014 Rating: 5

Jom rancang aktiviti siang hari masa cuti di bulan posa

Ahad, Julai 06, 2014
Asslamualaikum

Kalau tak posa, waktu siang banyak aktiviti boleh buat antaranya makan, makan dan makan..opps!

Okes, ni tips untuk hilangkan bosan di siang hari pada bulan posa.

1. Baca Al- Quran. Satu huruf dapat 10 pahala tau! Kalaula pahala tu nampak mcm duit, kompom korang yang rajin baca Al-Quran ni dah jutawan. Hehe.



2.Berzikir. Setiap amalan di bulan puasa ni pahalanya akan digandakan. Kalau pompuan yang period, tak leh baca al -Quran kan? so, elokla korang berzikir daripada bergosip yang bukan-bukan.



3. Berfikir. Berfikir pun satu ibadah. Tapi  jangan pulak asyik dok pikiaq nak makan apa je time berbuka nanti. Fikirkan permasalahan negara ke, cara tingkat produktiviti kerja ke, cara tambah pendapatan secara halal ke, cara nak belanjaka bonus ke, opps!



4. Window shopping. Ni sangat sesuai bagi orang yang malas baca Al-Quran mahupun berzikir dan mmg tgh berjimat cermat.Kalau korang takut letih, korang 'window shopping' je secara online. Yelah, bulan puasa ni kalau banyak sangat berfikir pun akan guna tenaga banyak. Korang cepat lapar. Tapi, hati-hati ye. Jangan tersilap masuk blog atau web yang banyak tonjol makanan. Kang kurang pahala posa korang. Hihi. Dah kata membeli belah melalui tingkap, so jangan pulak korang betul2 shopping. Abes duit..hehe.



5. Shopping!Sebenarnya ramai yang tak suka membeli belah pada bulan posa sebab akan menggunakan banyak tenaga. Sebab tu korang akan dapati orang tak ramai terutama pada waktu tengah hari bulan posa. Kan ke panas dan akan mengundang dahaga? So, korang bolehla pilih barang yang korang nak dengan lebih tenang dan hepi.


6. Membaca. Pilih buku yang korang paling suka 'genre' dia. Kalau tau korang ni jenis tak suka buku serius or banyak tulisan, bacalah kamus bergambar ke, cerita arnab dan kura2 ke dan sejenis dgnnya. Tapi seeloknya bacalah buku yang dapat menambah nilai ilmu di dada korang. Macamla banyak sangat ilmu agama korang ada kan? So, rajin2lah membaca. Kalau tak suka buku, baca je blog cth macam blog cikgu ni yang santai lagi mulus..wahaha..puji diri (^_^)



7. Menyediakan bahan memasak lebih awal. Disebabkan korang bosan, apa salahnya korang cari menu berbuka yang agak 'complicated' supaya boleh bersedia utk memasak lebih awal. Contohnya korang pilih menu murtabak. Jadi, dari tengahari tu korang dah bolehla menguli tepung murtabak tu. Murtabak kan mahal sekarang ni. Buat tu jgn sikit sangat, buat banyak2 dan hantar kat satu taman perumahan korang. In shaa Allah banyak pahala korang. Untung2 ada jiran balas, penuh meja korang dengan makanan. (^_^)



8. Berkarya. Kelaparan atau kekosongan perut biasanya akan menjadikan otak lebih padat dan bijak. Maka, gunakan masa ini dengan sebaik-baiknya. Hasilkan pelbagai karya kreatif umpamanya puisi, skrip drama, pantun, seloka dan lain-lain. Ada yang berbakat arah jahitan, sulaman, buat kuih, masa ni pasti akan banyak idea tentang kuih, jahitan , sulaman yang pelik2. Maka, manfaatkan idea yang sampai tu. Untung-untung korang jadi peneraju or pengasas sesuatu yang baru. Jangan lupa patenkan idea korang tu ye. Nanti jadi billionaire korang.



9. Solat sunat. Bulan ni lah paling sesuai korang buat solat2 sunat yang selalu korang miss nak buat tu. Contoh solat sunat yang elok dibuat ialah solat sunat Dhuha. Maka, buat banyak2 rakaat. Doa banyak2. Allah kan Maha Pemberi.


Cukupla 9 je cadangan aktiviti. Mana yang sesuai tu korang buatla. Mana yang korang rasa mengarut tu jangan segan silu tolak ke tepi.

Wassalam.

Jom rancang aktiviti siang hari masa cuti di bulan posa Jom rancang aktiviti siang hari masa cuti di bulan posa Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 06, 2014 Rating: 5

Bazar ke Bazir?

Sabtu, Julai 05, 2014
Assalamualaikum

Hari pertama puasa je saya dah jejak kaki ke bazar.

Mak aih!Terbeliak bijik mata..Mahai!

Roti john dulu dalam RM2.50-RM3.00 dah naik sampai RM4.00!

Beli kuih akok sebiji, lima kupang. Ambik pat bijik.

Tu je kami beli.

Kesimpulannya, sedap kuih akok, roti john langsung tak sedap

Frust!

Tak maula p bazar. Membazir jek!

Masak je la...

Korang masak apa untuk berbuka petang ni? Share sket..(^_^)

 Wassalam
Bazar ke Bazir? Bazar ke Bazir? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 05, 2014 Rating: 5

Selamat berbuka puasa!

Jumaat, Julai 04, 2014



Selamat berbuka puasa! Selamat berbuka puasa! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 04, 2014 Rating: 5

JOM KENALI KAREKTOR; UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN

Khamis, Julai 03, 2014
Assalamualaikum

Disebabkan selalu sangat tengok cerita upin dan ipin kerana melayankan anak-anak, saya buat kajian khas untuk setiap karektor yang terlibat. Layan je la...

1. Upin dan Ipin 

Dibezakan hanya dengan sehelai rambut. Upin yang mempunyai sehelai rambut adalah abang kepada Ipin. Namun, ipin lebih bijak dan berani daripada abangnya. Sentiasa memakai baju singlet berlabel huruf I atau U sebagai tanda pembeza diri masing-masing. Kalau baju raya pula, akan pakai kaler biru untuk ipin,manakala kuning untuk upin. Kereta mainan diorang pun ikut kaler baju masing-masing. Watak ceria, nakal namun sangat menghormati orang yang lebih tua. Yang selalu kata betul..betul..betul tu sapa?certeka?hehe..




2. Mail

Agak rapat dengan kembar berdua ni. Kalau dalam kelas duduk sebelah Mei-mei. Selalu cari gaduh dengan Mei-mei tapi gaduh-gaduh manja je. Seorang bakal usahawan yang berjaya. Asyik fikir nak cari duit sahaja mungkin disebabkan dah dibiasakan hidup susah dan berada dalam keluarga peniaga. Perangai baiknya, sangat menghormati dan menyayangi ibu serta gigih mencari duit sendiri. Selalu juga belanja upin dan ipin makan ayam goreng dan pernah belanja makan ABCD uncle Mutu. Sekali tengok, dia nampak lebih matang dari rakan sebaya. Muka pun nampak tua sket. Suara garau macam dah baligh..huhu..


3. Mei-mei

Pelajar yang paling bijak dalam kelas. Selalu 'offer' diri untuk jawab soalan dan lain-lain. Dalam kata lain, 'attention seeker'. Manja dan selalu merasakan diri paling comel dan cantik. Selalu bergaduh manja dengan Mail.Mudah merajuk tapi senang dipujuk dengan cara pujian je...Yang peliknya, selalu main dengan budak lelaki. Kawan perempuan tak 'ngam' kot..kesian...


4. Jarjit

Berbangsa Sikh tapi sangat sporting dan antara watak paling melucukan dalam cerita ini. Percakapan macam spontan dan ala-ala bodoh alang. Tapi bijak sebenarnya. Wujud tetiba je dan suka menyelit di tengah-tengah permainan. Tak faham kebanyakan peraturan permainan dan selalu dianggap pen'spoil' dalam geng.


5. Ehsan

Ketua kelas anak manja kesayangan bapa a.k.a intan payung. Sekali tengok macam anak tunggal tapi kalau tak silap,ada satu episod dia kata dia masak kek dengan kakak dia. Dalam reramai kawan upin ipin, dia ni lah yang paling kaya. Semua yang nak dia dapat. Orang pertama pernah guna tablet dan komputer..Kereta mainan pun jenis ada kamera. Hebat tu! Agak angkuh dengan kekayaan keluarga tetapi dalam masa yang sama sangat berdisiplin dan menghormati orang yang lebih tua. Juga seorang ketua kelas yang amanah dan menjaga kebajikan anak buah. Agak lemah matematik.


6. Fizi

Best fren kepada si Ehsan. Di mana ada Ehsan, di situ ada Fizi. Dia ni sama manja macam Ehsan dan merupakan penyokong kuat Ehsan. Tapi pandai menyembunyikan diri semasa melakukan kesalahan dalam kata lain tak backing masa Ehsan bagi jawapan salah. Siap ikut mengkondem lagi padahal jawapan dia yang bagi. Senang kata kita panggil orang macam ni 'kaki kipas'.


7. Ijat

Budak yang paling lambat boleh membaca dan bercakap dalam kelas. Dulu mula-mula tengok,saya ingat dia bisu sebab selalu guna bahasa isyarat je. Tapi ijat ni memang budak baik dan jarang ikut serta main di luar rumah macam upin ipin dan kawan-kawan lain. Ada satu episod, rumah dia terbakar. Kesian ijat. Dalam kelas, dia suka dok belakang sekali. Dulu agak penakut dengan cikgu tapi sejak dan boleh membaca dia dah ok. Tapi kelemahan utama adalah senang pengsan apabila digertak, terkejut atau terlampau sedih.




8. Susanti

Rakan sekelas upin ipin yang berasal dari Indonesia. Kadang-kadang akan sertai upin ipin dan rakan -rakan lain bermain tapi jarang sekali ada. Makanan kegemaran tentulah tempe. Sangat suka dengan permaian tradisional Malaysia dan peminat sukan Badminton.


9. Opah

Nenek kepada upin ipin. Seorang yang sangat penyayang, penyabar dan lemah lembut. Langsung tak pernah tinggikan suara kepada upin ipin. Sekali je saya rasa dengar suara opah kuat, tu pun sebab terkejut tgk bil letrik rumah dia yang mahal giler. Kalah rumah saya yang pakai ekon ni. Huhu. Selalu bagi nasihat yang berguna kepada upin ipin. Teknik yang opah guna untuk sampaikan maklumat dan pengajaran kepada upin ipin ni kadang-kadang saya aplikasi juga dalam kelas. Teknik ala-ala keibuan..hehehe


10. Tok Dalang

Tak pasti apa hubungan dia dengan opah. Mungkin sepupu atau adik beradik sebab pernah dengar opah panggil dia Alang. Tapi umpama datuk kepada upin dan ipin. Sanggup melayan karenah upin dan ipin. Bawa jalan-jalan ke dusun, memancing, buat layang dll. Anak dan cucu dia tinggal di bandar. Kira macam menumpang kasih sayang upin ipin gakla. Agak kedekut tapi bab duit jela. Klu buah dan lain-lain dia takla berkira sangat. Saya rasa tok dalang ni agak kaya sebab dia banyak dusun dan tanah untuk bercucuk tanam. Satu lagi, dia ni ketua kampung untuk Kampung Durian Runtuh ni.


11. Kak Rose

Watak kegemaran saya. Agak garang tapi sangat penyayang kepada adik-adiknya. Anak saya sendiri samakan saya dengan Kak Rose. Sadis! Garang betoi mama ni ye..Okay, kak rose ni bijak dan cantik. Dia ambil aliran sains tulen sebab tgk buku atas meja dia, kimia, biologi dll.. Seorang yang sangat rajin dan serba boleh. Dahla pandai, rajin buat kuih, pandai jahit dan pandai serba serbi. Kelemahan dia cuma, garang je..hehe.


 12. Cikgu Jasmin

Bekas guru kepada Upin Ipin. Gaya memang klasik cikgu tadika. Seorang yang lemah lembut dan penyabar. Ayu dan sopan sekali dari segi pemakaian. Berhenti mengajar sebab dia nak sambung belajar.


13. Cikgu Melati

Cikgu baru untuk kelas upin dan ipin. Kelas 1 Ceria. Sangat ceria dan periang. Sesuai sekali sebagai guru tadika. Muka dan rambut ala2 korea. Mesti peminat cerita korea ni.


14. Uncle Muthu

Satu-satunya tukang masak profesional dlm cerita ni. Buka warung yang sentiasa dikunjungi pelbagai bangsa. Warung dia ada wifi tuuuu.. Menu paling glamer ialah ABCD( Air Batu Campur Durian). Apa-apapun ABCD Uncle Muthu memang terbaikla. Tak jumpa lagi di pasaran setakat ni. Pakaian rasmi, singlet dan kain pelikat. Dia ni bapak kepada Rajoo yang wujud dalam cerita 'Geng Pengembaraan Bermula'.



 15. Abang Salleh

Watak lelaki lembut yang berjiwa perempuan. Pandai membuat hantaran barang kawin dan kerja2 lain yang sinonim dengan perempuan. Rajin bekerja dan membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Masih bujang dan selalu menjadi mangsa gangguan upin dan ipin. Rajin gak layan karenah upin dan ipin ni. Lagi suka dikenali dengan panggilan 'Sally'.



16. Ah Thong

Watak yang suam-suam kuku. Jarang wujud daam drama ni. Dia ni pengumpul barangan lama dan peniaga di kampung ni. Macam-macam dia jual. Berbakat juga dalam teater opera cina. Ingat tak siri yang 'bulan hantu' tu?


17. Dzul

Rakan sekelas upin ipin yang wataknya tenggelam timbul. Dulu selalu gak ada sebab dia ni penterjemah kepada Ijat. Tapi sejak ijat dah pandai cakap, watak dia makin kurang. Budak yang kemas. Dalam kelas dok kat belakang sebelah ijat.


18. Devi

Ni pon rakan sekelas upin ipin yang pendiam. Watak dia wujud sekali sekala bila ada Mei Mei. Tapi nampak cara dia ni antara budak yang cerdik dalam kelas 1 ceria ni.


19. Cikgu Besar

Ni watak paling digeruni dalam cerita ni. Budak-budak takut dekat dia sebab dia garang. Cikgu besar ni klu tak silap saya guru besar tadika ni. Dia ni berhati baik dan kalau bercakap pelat utara. Penggeli orangnya dan takutkan lipas macam saya.



Wokes, tu je watak yang selalu saya tengok. Ada seorang budak perempuan dalam kelas upin ipin ni saya tak pernah tau nama dia. Watak dia selalu ditunjuk sekali imbas je. Muka ala2 si Ara budak Pada Zaman Dahulu tapi rambut tak ikat. Korang perasan tak?

Harap maaf kalau ada yang terasa ye. Ni sekadar pandangan peribadi dan suka-suka sahaja. Korang rasa karektor korang yang mana? Cer komen sket. Sapa komen dia best!

Wassalam.
JOM KENALI KAREKTOR; UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN JOM KENALI KAREKTOR; UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 03, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.