Isnin, Jun 30, 2014

Hari Sukan 2014

Assaamualaikum

Sepatutnya tulisan ini untuk hujung minggu lalu tapi cikgu tak sempat nak simpan dan muatnaik gambar-gambar sempena hari sukan.

Jadi, bolehla ye.Santai-santai sempena bulan posa ni. Takkan nak tunjuk gambar makanan lak? Terliur je nanti..huhu...














Tema tahun ni 'Flora dan Fauna'. Keputusan keseluruhan:

Johan : Rumah Bendahara (merah)
Naib Johan : Rumah Syahbandar (kuning) - rumah sukan cikgu ni
Ketiga : Rumah Temenggong (Biru)
Keempat : Rumah Laksamana (Hijau)

Kesian rumah hijau, sejak cikgu masuk sekolah ni sampai sekarang asyik nombor akhir saja.

P/S : dulu cikgu sempat di rumah hijau untuk 2 tahun..(^_^) Teringin nak tgk rumah hijau jadi johan.

Wassalam.

Sabtu, Jun 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Bulan Rahmat
Bulan Pengampunan
Bulan Kasih Sayang
Bulan Rezeki
Bulan Silaturrahim
Bulan Cahaya
Bulan Yang Dirindui
Bulan di mana ada malam lebih baik dari 1000 bulan

Selamat datang wahai Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan terakhir buat kami. Aamiiiin.




Jumaat, Jun 27, 2014

Tangisan Syria

Assalamualaikum

Dah lama saya tak bermimpi setelah melelapkan mata. Terlalu letih barangkali.

Tapi, semalam tiba-tiba saya dikunjungi satu mimpi. Yang peliknya,saya seolah-olah menonton satu plot drama. Pelakonnya memang langsung tidak dikenali (mungkin kenal tapi tak ingat bila dah sedar).

Kisahnya tentang seorang lelaki yang bermadu. Madu yang pertama sangat baik sampai sanggup menjaga madu kedua semasa dia melahirkan anak (Saya cuma tahu perempuan yang menjaga semasa bersalin itu madu pertama pada babak akhir,sebelum tersedar).Sang suami mempunyai seorang ibu yang tinggal bersama-sama madunya yang kedua.

Madu pertama dan kedua tidak tinggal bersama. Madu kedua seorang yang berhati busuk dan tidak menghormati ibu mentuanya. Apabila sang suami keluar bekerja, si ibu akan dihalau. Mujurlah si ibu mempunyai anak lain yang sudi mengambil dan menjaganya. Pelik kisah ni. Seolah-olah saya menonton drama TV. Padahal, sudah lama saya tak sempat menonton drama Melayu. Setiap malam sebelum jam 10, dah melelapkan mata.Hehe..

Apa kaitan dengan tajuk entry kali ni?

Siang hari semalam, sekolah saya menerima kunjungan penceramah yang sedang meningkat naik namanya sejak menjuarai program Pencetus Ummah. Kenal tak PU Hafiz?


Ha, dialah yang datang sekolah saya semalam! Berceramah kisah Israk dan Mikraj serta diselitkan persediaan menyambut Ramadhan. Untuk info,semalam Hari Koperasi sekolah saya.

Dalam ceramah beliau menayangkan satu video kekejaman tentera Basyar ke atas umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah di Syiria. Astaghfirullahalazim! Memang sangat ngeri! Sampai saya nak tidur saya masih terbayangkan video kanak-kanak disembelih, wanita ditelanjangi,diperkosa dan dibiarkan di tengah-tengah jalan. Apabila ada lelaki yang tampil ingin menyelamatkan, lelaki itu ditembak sehingga mati.

Juga video seorang lelaki yang ditimbus hidup-hidup kerana tidak mahu mengucapkan "Tiada Tuhan selain Basyar". Sedih sangat! Mereka ini semua mati sebagai syahid dan syuhada menegakkan kalimah tauhid dalam diri masing-masing.


Mampukah kita andai diduga sebegitu rupa?

Kita dilalaikan dengan pelbagai isu sekeliling kita sehingga tidak mampu ambil tahu saudara seislam kita di negara lain. Di Syria, di Mesir, di Palestin dan di seluruh dunia.

Ampunilah kami ya Allah. Jangan kau tutup hati kami daripada hidayah Mu. Selemah-lemah bantuan yang kita dapat lakukan adalah dengan berdoa.

"Ya Allah, selamatkan dan bantulah saudara seIslam kami Ahli Sunnah Wal Jamaah di Syria, di Palestin, di Mesir dan di seluruh dunia. Aamiiin ya rabbal alamin."

Wassalam.

Khamis, Jun 26, 2014

EL NINO

Assalamualaikum

Apa khabar?

Perasan tak yang sekarang ni sangat panas? Beberapa negeri dah mula semula catuan air.

Rakan saya dari Melaka beritahu yang air di tempatnya sangatlah keruh. Kalau tak guna penapis memang tak lalu nak minum..huhu (T T)

Dikhabarkan lagi, fenomena yang kita hadapi sekarang ni akan berlanjutan selama 18 bulan dan bulan Ramadhan yang kita bakal sambut ni mungkin adalah Ramadhan terpanas dalam 5 tahun kebelakangan ini..Allahuakbar!

Jom kita belajar sket apa tu ELNINO.

El Nino ditakrifkan oleh pemanasan yang berpanjangan di Lautan Pasifik suhu permukaan laut berbanding dengan nilai purata. Definisi diterima adalah pemanasan sekurang-kurangnya 0.5 ° C (0.9 ° F) dipuratakan tropika Lautan Pasifik timur-tengah. Biasanya, kesilapan ini berlaku pada jangka masa yang tidak tetap dua hingga tujuh tahun, dan berlangsung sembilan bulan hingga dua tahun. [5] Purata panjang tempoh lima tahun. Apabila pemanasan ini berlaku selama tujuh hingga sembilan bulan, ia diklasifikasikan sebagai El Nino "syarat"; apabila ia berlaku lebih daripada tempoh itu, ia diklasifikasikan sebagai El Nino "episod". [6] Begitu juga, keadaan La Niña dan episod ditakrifkan untuk penyejukan.
Tanda-tanda awal El Nino adalah:

    
Kenaikan tekanan permukaan di Lautan India, Indonesia, dan Australia
    
Kejatuhan tekanan udara lebih Tahiti dan seluruh Lautan Pasifik tengah dan timur
    
Angin perdagangan di selatan Pasifik melemahkan atau kepala timur
    
Udara panas naik berhampiran Peru, menyebabkan hujan di kawasan gurun Peru utara
    
Air suam merebak dari barat Pasifik dan Lautan Hindi ke Pasifik timur.
Ia mengambil masa hujan dengannya, menyebabkan kemarau yang luas di Pasifik barat dan hujan dalam biasanya kering timur Pasifik.
Tergesa-gesa panas El Nino ini air nutrien-miskin dipanaskan oleh laluan ke arah timur dalam Semasa Khatulistiwa, menggantikan sejuk, yang kaya dengan nutrien air permukaan daripada Humboldt Semasa. Apabila keadaan El Nino lepas untuk beberapa bulan, pemanasan lautan luas dan pengurangan dalam perdagangan timur angin had upwelling sejuk air dalam yang kaya dengan nutrien, dan kesan ekonomi kepada nelayan tempatan untuk pasaran antarabangsa boleh menjadi serius. 

Terima kasih pak cik Google (^_^)

  P/S : Bila dah panas-panas ni penyampaian hadiah prasukan pun dibuat di dalam dewan sahaja..Jumaat ni hari sukan pula..Kompom terbakar muka.

Wassalam

Selasa, Jun 24, 2014

Ramadhan Datang Lagi !!! (^_^)

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Tak sabar rasanya.

Rindu sangat suasana Ramadhan. Bulan di mana tiba-tiba saja akan jadi rajin buat solat sunat, baca Al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi.

Apa persediaan anda semua untuk Ramadhan kali ini?

Kongsi sket (^_^)


Wassalam.

Isnin, Jun 23, 2014

Kisah anak OKU

Assalamualaikum

Dua hari kebelakangan ni, saya asyik dengar orang sok-sek-sok-sek pasal kes anak OKU yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh pihak penguatkuasa Jabatan Imegresen kat Nilai tu.


Tengok gambar kat atas tu memang sangat kesian kat budak tu.

Semua pihak dok sibuk tunding jari kat emak dia..Tambahan lagi bila tengok rupa-rupanya emak dia ada akaun muka buku dan rajin je kemaskini status tapi tak sempat tukaq baju anak. Kesian..kesian..

Dalam kes ni, saya takmau komen banyak tambahan lagi kutuk si ibu. Mungkin dia ada alasan atas apa yang dia lakukan kat anak dia tu. Syukurlah, Allah Maha Besar selamatkan sang anak dari derita yang berterusan.

Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan buat sang anak dan semoga sang ibu mendapat keampunan Allah setelah insaf dengan apa yang telah dilakukannya.

P/S : Saya cukup kagum dengan para ibu dan bapa yang mampu menjaga anak OKU dengan baik dan penuh kasih sayang. Mereka ini jambatan ibu dan bapa itu ke syurga.

Wassalam.

Sabtu, Jun 21, 2014

BOOK REVIEW: "TETAMU ISTIMEWA"

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya baru selesai menamatkan bacaan buku kumpulan cerpen remaja bertajuk 'Tetamu Istimewa' buah tangan Cikgu Mohd Helmi Bin Ahmad.





Tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya menghasilkan kompilasi cerpen yang amat menarik.

Walaupun kumpulan cerpen ini menjurus kepada remaja sebagai pembaca utama, namun saya dapati ada beberapa sisi baik yang dapat diambil pengajaran buat orang dewasa juga.

Salah sebuah cerpen yang meninggalkan kesan yang agak dalam di hati saya bertajuk 'Pulut Durian Santan Kelapa'. Betapa sebuah pengajaran boleh diambil dari 'sesuatu' yang sangat hampir dengan diri kita.

Secara keseluruhannya, cerpen-cerpen ini bolehlah dikategorikan sebagai bacaan santai namun masih mempunyai pengajaran yang membina.

Sesuai dijadikan hadiah buat anak remaja atau sesiapa sahaja yang sedang meningkat remaja.

Buat rakan pembaca blog yang berminat, jemput dapatkan naskhah ini di blog: http://mieadham86.blogspot.com.

Wassalam.

Khamis, Jun 19, 2014

SAINS DAN NENAS

Assalamualaikum

Semalam saya ke SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan membawa pelajar untuk bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2014.

Bengkel pada tahun ini sangat menarik kerana melibatkan penceramah yang tersohor iaitu Cikgu Hamzah,Guru Cemerlang Sains Gred Khas C yang juga merupakan pengasas buku pecutan kognitif yang lazim saya gunakan di dalam PDP kelas Sains saya.

Bengkel bermula jam 8.30 pagi dan berakhir tepat jam 1.00 tengah hari. Alhamdulillah pelajar menunjukkan respon positif yang turut melegakan hati saya. (^_^)

Setibanya saya di sekolah pula, sedang berlangsung suatu program melibatkan Lambaga Perindustrian Nenas Malaysia dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan yang datang khusus mempromosikan tanaman nenas. Pelbagai program menarik dijalankan di sekolah namun yang sempat saya lihat hanyalah demonstrasi memasak masakan berasaskan nenas dan beberapa pertandingan antaranya pertandingan memasak, pertandingan gubahan dan pertandingan melukis.

Paling kecewa sebab tak sempat beli buah nenas mahupun sebarang produk berasaskan nenas sebab habis dibeli warga sekolah yang lain. (T T)

Di bawah ni sedikit gambar kenangan program yang sempat saya hadiri semalam.














Wassalam.

Isnin, Jun 16, 2014

Kembali bekerja

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi peluang untuk bernafas sehari lagi di muka bumi Allah ini.

Memulakan sesi persekolahan penggal kedua dengan penuh semangat.

Pagi-pagi lagi melangkah gagah ke kelas Fizik tingkatan 4. Abaikan kerja masa cuti yang pelajar belum siapkan. Sekurang-kurangnya mereka telah mencuba untuk melakukannya semasa cuti. Think positive!

Hari pertama ni tak boleh marah-marah..(^_^)


Wassalam

Sabtu, Jun 14, 2014

Begitulah kisahnya


Assalamualaikum

Cuti sekolah dah tiba ke penghujung. Mesti ramai yang rasa liat nak kembali ke sekolah kan? Eh tak ek?Hehe..macamla semua orang kena p sekolah.I'm sorry..

Hmm..macamana nak mula ek?

Sebenarnya..

Kat kampung saya ni ada sebuah keluarga ni, kehidupan mereka nampak dhaif sangat.

Kalau ikut sejarahnya, sebenarnya depa ni takla susah mana. Tanah ada, rumah ada, adik-beradik sekitar rumah je. Tapi, klu orang tengok memang nampak sangat dhaif.

Ketua keluarga ni dulu sebenarnya antara orang paling kaya dalam kampung ni masa dia muda-muda dulu. Namun, kekayaan tu tak kekal lama. Sikap dia yang bermasalah. Kahwin-cerai-kahwin-cerai-kahwin-cerai. Nafkah anak-anak dengan bekas isteri pon tak pernah diberi. Mungkin sebab tu rezeki dia agak berat. Belum cerita pasal solat, puasa dan ibadah lain. Memang jauh sekali.

Baru ni dia bercerai dengan isteri dia. Isteri dia lari dengan lelaki lain. Tinggal anak-anak dengan dia untuk dijaga.

Keluarga mereka ni banyak kali dapat bantuan. Namun, mereka macam tak hargai bantuan tu. Rumah asal dulu rumah pusaka. Dua tingkat. Tak terjaga sehingga roboh. Mereka duduk di tingkat bawah. Kemudian dapat bantuan rumah yang dibina kerajaan. Lengkap dengan perabot semua tapi tak juga jaga. Asal bergaduh anak beranak mula merosakkan barang dalam rumah.

Dalam minggu ini pula dapat bantuan lagi dari swasta. Adik beradik sekitar rumah bukan tak nak tolong tapi mengenangkan sikap malas keluarga ini dan langsung tak tahu mengenang budi buat orang jadi meluat.

Bukan sekali dua nasihat diberi, dah berbuaih-buih mulut bercakap namun umpama menyiram air ke daun keladi.

Kat kampung korang ada tak orang macam ni? Hidup malas nak berusaha sendiri. Asyik mengharap belas ihsan orang lain. Apabila dapat duit habis dijoli.

Huhu. Geram dan meluat!

Ok, rileks cool down..jom kita baca doa ini..

Wassalam.

Jumaat, Jun 13, 2014

Gastrik

Assalamualaikum

Ingatkan serangan angin biasa je. Rupa-rupanya gastrik.

Ooo..baru saya tahu macamana yang dikatakan sakitnya gastrik tu ye..


Pedih yang teramat sangat di ulu hati,menjalar ke seluruh sendi dan badan. Peluh dingin memercik di dahi dan seluruh badan.

Allahu rabbi! Umpama berada di ambang sakaratulmaut!


Apabila dah sakit ni barulah makan pun reti berpantang.

Buat sementara waktu, kopi, teh, cuka, makanan masam dan berasid, makanan pedas dan sealiran dengannya semuanya perlu ditinggalkan. (T T)

Pil bawang putih, ubat angin dan se'kawan' dengannya menjadi peneman setia setiap kali sebelum dan selepas makan.

Waktu makan pula perlu dipatuhi sebaiknya. Tidak boleh biarkan perut kosong. Nanti asid perut akan rosakkan perut dan sakit ini akan kembali. Nauzubillahiminzalik!

Semoga sakit ini sembuh agar ibadah puasa pada tahun ini dapat dijalani dengan sempurna.

Doakan saya ye kawan-kawan.

Wassalam.

Isnin, Jun 09, 2014

CUACA PANAS

Assalamualaikum

Setelah beberapa minggu hujan turun, sekarang nampaknya macam musim panas bakal kembali.

Berada di Kedah ni panasnya lain macam pula rasanya. Berpeluh-peluh.

Tempat anda bagaimana?

Wassalam

Kisah coklat dan sebiji epal

Assalamualaikum

Selepas kecoh isu panda, kecoh pula isu coklat dgn DNA Khinzir. Rakyat mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hati atas ketidaktelusan pihak yang berwajib.

Tiba-tiba beberapa hari lepas, coklat tersebut kembali 'Halal'. Dituruti dengan beberapa fatwa dan pendapat ulama tersohor yang membolehkan memakan apabila telah bertukar sifat. Tak ingin saya bincangkan hal tersebut panjang lebar kerana saya bukanlah orang yang arif.

Rentetan peristiwa ini, teringat saya kisah seorang pemuda alim dengan sebiji epal. Kisah ini turut dijadikan lagu oleh kumpulan nasyid Rabbani bertajuk 'cari pasangan'.

Seorang pemuda termakan sebiji epal yang dihanyutkan air sungai. Menyesali tindakannya memakan epal yang bukan miliknya menyebabkan pemuda tersebut menyusuri sungai sehingga bertemu pohon epal tersebut. Dicarinya pemilik epal itu sehingga bertemu seorang tua dan cuba memohon halal terhadap epal yang telah dimakannya. Orang tua tersebut meletakkan pelbagai syarat sebelum epal itu boleh di'halal'kan untuknya. Dia berbakti di rumah sang tua untuk sekian lama. Syarat terakhir yang paling berat, dia perlu menikahi anak perempuan sang tua yang dikhabarkan buta, tuli, bisu dan cacat anggota. Dengan berat hati namun enggan membiarkan makanan haram di dalam perutnya, dia menikahi wanita tersebut yang rupa-rupanya sangat cemerlang fizikal dan rohaninya. Hasil pernikahan itu mereka dikurniakan beberapa orang anak yang soleh dan solehah.

Kisah ini merupakan salah satu kisah yang saya telah baca sejak kecil lagi. Pengajaran yang saya dapat, andai inginkan keturunan yang soleh dan solehah, kita perlulah menjaga pemakanan kita. Jauhi segala yang haram. Bukan semata-mata babi dan anjing, rokok, riba dan semua yang haram haruslah dijauhi. Barulah generasi yang lahir nanti, generasi yang tinggi akhlak dan budi pekerti.

Jom layan nasyid:


Wassalam.

Ahad, Jun 08, 2014

Iklan dah semakin kurang ke?

Assalamualaikum

Perasaan saya atau memang benar yang iklan dalam nuffnang ni makin kurang?

Ataupun hanya blogger terpilih sahaja yang dapat iklan?

Tengok duit 'earning' pon naik ciput2 je..Nak 'cashout' pun tak sampai hati.

Last 'cash out' tahun 2011.. Sejak tu lambat betoi duit tabung tu nak bergerak..

Anda yang lain macamana ye? Ada yang hadapi masalah macam saya ni?

Cuba kongsi sket. Terima kasih atas komen anda.

 
Wassalam.

Sabtu, Jun 07, 2014

Suram

Assalamualaikum

Cuti sekolah berbaki seminggu. Cepat betul masa berlalu.

Sepanjang cuti ni tak banyak yang dapat dilakukan. Tidak banyak juga tempat yang sempat dilawati.

Sekadar berulang antara rumah ibu sendiri dan rumah mentua. Serta memenuhi undangan kenduri di sekitar dua buah rumah ini sahaja. (-_-)

Kaki yang sakit sejak bermain bola jaring tempoh hari juga masih belum sembuh sepenuhnya.

Kadang kala sakit itu datang menyucuk-nyucuk sehingga berjalan pun terhencot-hencot.

Situasi ini menjadikan mood untuk berjalan ke mana-mana semakin pudar.

Suram.

Satu perkataan yang sesuai menggambarkan suasana hati ketika ini.

P/s: Buah kuinin sedang banyak berbuah dan masak. Namun, hanya mampu mencium baunya sahaja kerana kuinin ini sangat sinonim dengan serangan angin..tambahan pula insan lemah seperti saya..huhu

Wassalam.

Jumaat, Jun 06, 2014

Serangan Angin

Assalamualaikum

Sepanjang cuti ni dua tiga kali saya kena serangan angin.

Rasa sesak nafas, pedih yang teramat sangat di ulu hati, sakit yang menjalar di seluruh badan. Peluh dingin mula memercik di dahi dan seluruh badan. Hujung kaki dan tangan mula sejuk dan pucat.

Agaknya ni perasaaan apabila di ambang kematian. Apabila kena serangan ni saya akan mula mengucap tak putus2.

Syukur setiap kali saya kena serangan ini ada sahaja suami di sisi. Cuma sekali pernah kena di sekolah. Nasib ada rakan-rakan berdekatan pada masa tersebut.

Macamana boleh kena?

Masa di sekolah, saya kena serangan tu selepas minum teh tarik. Di kampung ini pula selepas saya makan buah mempelam. Dan pagi tadi saya pun tak pasti kenapa. Mungkin selepas makan roti kentang atau keropok kentang. Huhu.

Apa yang perlu dilakukan apabila kena serangan?

Orang yang sakit memang tak boleh nak buat apa-apa. Macam saya akan terus jadi tak boleh dan sukar bergerak. Tapi selepas kena serangan di sekolah dulu, rakan-rakan saya terus lumurkan minyak panas/minyak angin di belakang pelipat, leher, dada, belakang badan dan tapak kaki. Kemudian,salah seorang rakan berikan saya pil angin.

Cara yang sama saya aplikasi untuk setiap serangsn dan alhamdulillah berkesan.

Tapi, yang paling penting kena kawal dan pilih makanan dengan hati-hati. Kata suami saya, biarlah makanan tu sedap macamana pun,kenalah tahan diri daripada makan. Huhu..( T T)

Nak tahu makanan apa yang berangin?

Entah, saya pon tak tahu. Sebab tulah saya selalu kena serangan tu. Biasanya juga sebab terlupa.

Pesan mak, baca doa ini:

mohon izin pemilik blog ini http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/11/doa-elak-ditimpa-musibah.html

Wassalam.

Ahad, Jun 01, 2014

Musim kenduri

Assalamualaikum

Sejak bermulanya cuti sekolah, maka bermula jugalah aktiviti memenuhi undangan kenduri.

Musim cuti memang dah sinonim dengan musim kenduri.

Ada kenduri yang dekat, ada yang jauh.

Anak-anak kecil pun biasanya akan kita bawa berjalan ke kenduri. Yelah, takkan nak tinggal anak pula kan?

Ada tak kat sini yang pernah hadapi, apabila pulang daripada kenduri di mana-mana, anak jadi susah nak tidur, mula nak demam dll? Biasa berlaku kepada anak kecil.

Bukan nak takutkan, tapi kita hidup bermasyarakat,ada manusia dan ada jin. Jin suka menyakat anak-anak kecil. Jadi, solusinya pastikan sebelum masuk rumah, bacakan doa dan hembus dahulu ke luar supaya tiada yang mengikut sehingga ke dalam rumah.

Tambah-tambah lagi apabila anda sampai ke rumah pada waktu maghrib atau malam di mana kejahatan itu berleluasa.

Boleh juga, ikhtiar dengan cara yang cikgu sekeluarga praktikkan di mana kami akan calit wangian kasturi di samping berdoa setiap kali memulakan dan mengakhiri perjalanan. Kasturi gold(kijang) dan kasturi silver (putih) sangat sesuai digunakan sebagai pendinding kerana kedua-dua kasturi ini tidak digemari oleh makhlus halus.

Lihat testimoni di bawah:


Berminat dapatkan kasturi? Jom layari website ini: www.kasturiemas.com.my

Orang daerah Teluk Intan dan kawasan sekitarnya bolehla dapatkan sari saya. Tapi sekarang musi cuti, saya di Kedah. Jadi yang area Bukit Besar, Jitra bolehla dapatkan dari saya pada masa cuti ni ye.

Wassalam.